Ikuti Blog ini

Bangkitkan 13 Mei : Pemuda Pakatan Buat Laporan Polis


KUALA LUMPUR : Pemuda Pakatan Rakyat(PR) Pulau Pinang hari ini bersama-sama membuat laporan polis bagi menyiasat kenyataan berbaur hasutan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar(Gambar) dalam Sidang DUN.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS(DPP) Pulau pinang, Mohd Nor Harun dalam kenyataan medianya juga mahu pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak ke atas kenyataan Azhar Ibrahim yang berbaur hasutan.

Beliau yang juga yang mewakili Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang(SPPRPP) juga mendakwa ketua pembangkang itu telah melanggar peraturan 46 DUN yang melarang mana-mana anggota DUN menyebut perkataan berunsur hasutan dan memberontak serta bermusuhan antara kaum.


walaupun Azahr telah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasab Dewan, namun SPPRPP tetap mahu Azhar disiasat dan dibawa ke muka pengadilan kerana sidang DUN tersebut telah diikuti secara langsung oleh seluruh rakyat Pulau Pinang dan tindakan beliau dikhuatiri akan menimbulkan ketegangan kaum.

"Kami tetap menghargai akan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh pihak polis dalam menjaga keselamatan rakyat, namun dalam masa yang sama kami mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan beliau kerana siri-sri kegagalan beliau dalam mengurustadbir pasukan polis dan menangani jenayah di negara ini," kata Mohd Harun kepada erapakatan.com

Terdahulu, Azhar Ibrahim yang mendapat peluang mencelah untuk membahas Ucapan Penggulungan Ketua Menteri telah membangkitkan sentimen perkauman dengan memberi amaran kepada rakyat, 13 Mei akan berlaku jika rakyat menafikan peranan polis.

Beliau juga seakan-akanmengugut rakyat Pulau Pinang agar menerima tentera menjaga keselamatan mereka jika rakyat sudah tidak mahukan polis lagi dan yang paling mengecewakan beliau berkata adalah lebih senang jika suasana Mageran diwujudkan kembali. - Erapakatan
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .