Ikuti Blog ini

Sombong Dan Angkuh; 3.7 juta Rakyat Malaysia Telah Tolak Umno

KEMAMAN – Ahli-ahli dan penyokong Umno d negeri Terengganu dan seluruh negara, tidak perlu bimbang dan takut untuk menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang  kerana seramai 3.7 juta rakyat Malaysia telah menolak parti Umno dan BN.

Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan Pahang, Dato’ Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut adalah termasuk lebih 1 juta ahli Umno sendiri, berdasarkan statistik pilihanraya umum ke-12 tahun 2008.

Katanya, rakyat menolak Umno dan BN kerana keangkuhan pemimpin parti tersebut yang disifatkannya, kini tidak lagi memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan Negara.

“saya nak beritahu tuan, perjuangan Umno dulu memang betul Alif, Ba, Ta….. perjuangan agama, bangsa dan tanah air, tetapi hari ini terutama selepas Dr Mahathir mengambil alih dan mencipta satu parti baru, Umno baru, perjuangan sudah menyimpang jauh,

“sekarang Umno tidak memperjuangkan apa-apa perjuangan, nak mewakili orang Melayu pun tidak boleh (kerana) dalam tahun 2008 semasa pilihanraya jumlah orang Melayu keluar mengundi adalah ialah 5.7 juta, calon-calon umno hanya mendapat 2 juta (undi),

“bermakna 3.7 juta orang Melayu  menolak Umno (kerana) menyampah dengan tabiat pemimpin, menyampah dengan kesombongan mereka,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis ceramah isu-isu semasa di Kampung Semayor, Kemasik, dekat sini, pada Selasa 20 Mac.

Turut menyampaikan ucapan pada majlis tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, YB Dr. Alias Razak yang juga wakil rakyat DUN Bukit Tunggal Kuala Nerus serta Ustaz Alias Abdul hamid, Setiausaha PAS Kawasan Kemaman merangkap Pengerusi Majlis Tindakan DUN Kemasik.

Dato’ Ariff atau dikenali melalui penulisan yang bersandarkan fakta yang tepat dan jitu dalam blognya ‘Sakmongkol AK47’ menjadi Ketua Penerangan Pekan, Bahagian Umno yang diterajui Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak,  pada tahun 2000 hingga 2004.

Beliau juga dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis  Pahang, pada pilihanraya ke-11 tahun 2004.

Beliau secara rasminya keluar Umno dan menyertai DAP pada 8 Januari lalu, bersama seorang lagi tokoh veteran Umno Negeri Sembilan, Aspan Alias. -BO




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .