Ikuti Blog ini

BN hilang waras, beratus FRU kepung ceramah Husam!




BAYAN BARU - Ceramah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa di Sungai Nibung, Bayan Baru, Pulau Pinang semalam dikepung ratusan anggota pasukan simpanan persekutuan (FRU).


Sebanyak lapan buah trak FRU serta 'water cannon' bergegas ke rumah Timbalan Yang Dipertua PAS Bayan Baru, Haji Idris Abdul Rahman untuk menghalang orang ramai daripada mendengar perkembangan Negeri Perak serta kemelut yang melanda negara sejak kebelakangan ini.


"Ratusan FRU dan Special Branch (SB) berkampung di keliling rumah Pak Leh semalam semata-mata menghalang orang ramai daripada mendengar penerangan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, " ujar Ketua Penerangan PAS Bayan Baru, Raziz Md Nor.


Menurutnya, selepas solat Isyak FRU sudah berpusu-pusu memasuki kawasan padang yang dikhaskan untuk ceramah yang turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man.


Baginya, tindakan itu menandakan Barisan Nasional (BN) sudah hilang kewarasan sehingga terpaksa menggunakan polis yang ditugaskan menjagai keamanan bertukar menghalang ceramah isu semasa.


"Itulah kerja BN dan Umno bila keadaan semakin tenat polis diperkudakan. Sedangkan merekalah pencetus huru hara dengan merampas kerajaan rakyat yang dimenangi Pakatan Rakyat di Perak 8 Mac tahun lalu, " terangnya.


Katanya, akibat kepungan tersebut membuatkan penganjur terpaksa mengadakan ceramah di dalam rumah ekoran ceramah yang dilaksanakan tidak memperolehi permit.


Namun begitu, tiada apa-apa tangkapan dilakukan sehinggalah selesai ceramah berkenaan.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .