Ikuti Blog ini

Raja Katak Lupa Diri


Crawling by
Raja Katak Ibrahim Ali
Tiada prinsip dan harga diri
Lompat sana lompat sini
Akhirnya dia tak berparti

Konon perasan Melayu sejati
Sanggup berjuang sanggup mati
Ini strategi menonjolkan diri
Untuk dapatkan publisiti

Kalau bercakap gah sekali
Macam tak de siapa ler lagi
PAS dipuji UMNO dibenci
Nak mengendeng satu kerusi

PRU 12 peluang diberi
Bertanding atas PAS punya kerusi
Rakyat pangkah memberi undi
Sehingga dapat menjadi YB

Sekarang Brahim dah lupa diri
Besar kepala kawan dikhianati
Memang dasar orang tak mengasi
Tak tahu mengenang budi

Dulunya kawan kini dia musuhi
PAS ditempelak juga dicaci
Pemimpin PAS meluat sekali
Tengok gelagat raja Katak ini

Kalau begini mu boleh pergi
Kosongkan kerusi mari mengundi
Tapi ini tak mungkin terjadi
Tunggulah PRU13 nanti.....

Jangan beri muka lagi
Katak ini tak boleh dipercayai
Pilih calon parti sendiri
Parti tak rugi tak sakit hati

PAS Kelantan saran Ibrahim Ali letak jawatan

KOTA BHARU - Anggota Parlimen Kawasan Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali, disarankan supaya melepaskan jawatannya sebagai anggota parlimen berikutan kenyataannya sebelum ini yang lantang serta tidak menampakkan beliau setia kawan dalam Pakatan Rakyat.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu, Ibrahim tidak sepatutnya sering menghentam PAS serta Pakatan Rakyat.

Menurutnya, kenyataan dan tindakan anggota parlimen terbabit tidak menggambarkan sama ada beliau di pihak Pakatan Rakyat, apa lagi PAS, walaupun beliau bertanding atas tiket PAS.

"Kenyataannya memperlihatkan seolah-olah beliau sahaja yang betul bahkan jelas menampakkan beliau benar-benar bebas tidak memihak pada mana-mana parti," ujarnya.

Contohnya semalam, kata beliau lagi, jelas memperlihatkan Ibrahim bertikam lidah serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat seperti anjing, bangsat dan beruk.

Menurutnya, sekiranya Anggota Parlimen itu bermaruah, seharusnya beliau melepaskan jawatannya.

Beliau juga turut menyifatkan anggota parlimen Pasir Mas itu "tidak mengenang budi" dan menggesanya meletakkan jawatan.

"Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan," kata beliau semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Takiyuddin, yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan berkata, ahli parlimen bebas itu meminta untuk bertanding pada pilihan raya umum Mac tahun lepas atas tiket PAS walaupun pemimpin PAS kawasannya pernah menolak cadangan itu.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) telah memberi peluang kepada dia bertanding (atas tiket PAS) walaupun kita terpaksa membelakangi kehendak ahli di kawasan itu," katanya seperti yang dilaporkan.

Mengenai kemungkinan Ibrahim menawar diri untuk masuk PAS, beliau berkata terpulang kepada bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu berbuat demikian.

"Kita tidak buat tawaran kepada dia dan kita juga tidak pernah menolak kalau dia hendak masuk PAS, tetapi setakat ini dia tidak pernah meminta untuk masuk PAS," katanya.

Sehubungan itu, Takiyuddin berkata kemungkinan Penyelia Parlimen Kawasan berkenaan akan diwujudkan untuk menyelesaikan masaalah rakyat.

Tegasnya, PAS negeri sering menerima aduan dari rakyat di kawasan itu berhubung masaalah mereka yang banyak tidak diselesaikan oleh wakil rakyat terbabit.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .