Ikuti Blog ini

PRK BUKIT GANTANG : UMNO MAIN ISU PERKAUMAN, SILA BUAT LAPORAN POLIS!!

Seperti dijangka Umno menggunakan 3R sebagai senjata untuk memunahkan PAS/PR pada PRK kali ini.

Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royal (Raja) menjadi senjata mereka di samping projek 'mee segera', janji-janji manis, habuan dan politik wang yang sudah sebati dengan darah dan daging mereka.

Kempen BN seperti biasa di bantu oleh 'biro-biro' mereka yang patuh dan taat tanpa berbelah bagi seperti RTM, TV3, Utusan Meloya dan lain-lain.

Semalam beberapa maklumat terbaru diperolehi bahawa BN mula memperhebatkan kempen mereka mengaitkan isu perkauman bagi meraih simpati pengundi melayu terutama di kampung-kampung.

Antara isu yang dimainkan ialah Nizar adalah boneka DAP dan sentiasa tunduk dan patuh kepada DAP. Jika Nizar menang kata mereka, tidak mustahil negeri kita akan menjadi seperti Singapura tergadai kepada kaum Cina dan Cina akan menguasai negeri kita dan Melayu akan ditindas.

Terbukti ini merupakan isu perkauman sempit yang amat bahaya dimainkan oleh BN semata-mata ingin mendapatkan sokongan. Isu ini jelas akan menyebabkan hubungan rakyat berlainan agama dan keturunan iaitu Melayu dan Cina mungkin terjejas.

Saya mencadangkan seluruh rakyat Bukit Gantang supaya membuat laporan Polis terhadap tindakan BN yang jelas menghasut rakyat dengan isu perkauman (race) yang bahaya ini. Polis sila siasat sesiapa yang memainkan isu ini dan hadapkan mereka ke muka pengadilan jika terbukti bersalah.

Menurut maklumat dalaman antara tukang-tukang kempen BN yang memainkan isu ini adalah hero tua pencen iaitu Jins Shamsuddin.

Gambar Hiasan : Trak dan Land Rover FRU di hadapan Martek yang jelas membazirkan duit rakyat.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .