Ikuti Blog ini

Umno salahguna wang kerajaan kempen di Bukit Gantang



Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bk. Gantang mendedahkan kepada media bahawa UMNO BN telah menyalahgunakan wang kerajaan dan rakyat dalam kempen pilihanraya Bk. Gantang baru-baru ini. Beliau mendedahkan penyalahgunaan wang kerajaan ini dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat PAS Perak selepas bermesyuarat bersama dengan seluruh adun-adun PR.

Menurutnya wang kerajaan tersebut digunakan bagi membiayai kos percetakan sebuah majalah yang terang-terang digunakan sebagai bahan kempen calon BN di Bukit Gantang. Buku tersebut diterbitkan oleh Pejabat Menteri Besar Perak. Menggunakan Pejabat Menteri Besar sebagai penerbit kepada majalah tersebut juga satu penyalahgunaan pejabat kerajaan.

Hj Nizar kemudiannya menyerahkan majalah tersebut kepada YB Wong, Pengerusi PAC Dewan Undangan Negeri Perak untuk diambil tindakan terhadap penyalahgunaan harta dan Pejabat Kerajaan untuk tujuan kempen pilihanraya. Satu laporan kepada SPRM juga akan dibuat di pejabat SPRM Ipoh.



Gambar buku yang dimaksudkan [klik]



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .