TELUK KEMANG - Cadangan Perdana Menteri untuk menjadikan Port Dickson sebagai sebuah bandar ‘Tentera Darat’ dianggap sebagai satu penghinaan kepada bekas tentera.
Kapten (B) Datuk Abu Zahar Hashim berkata, pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) cuba memperbodohkan anggota tentera dan bekas tentera dengan cadangan tersebut.
”Saya menyertai anggota tentera tahun 1967, sekarang dah tahun 2009, sudah 40 tahun lebih, baru pemimpin-pemimpin umno, pemimpin-pemimpin BN, iktiraf kononnya sumbangan anggota tentera khususnya tentera darat,
”saya rasa terhina kerana pemimpin-pemimpin Umno menganggap anggota-anggota tentera (dan) bekas-bekas tentera ni boleh diperbodohkan,”katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Intan Perdana, dekat sini, semalam.
Menurutnya, cadangan mengujudkan bandar tentera di Port Dickson adalah umpan untuk memikat hati anggota-anggota tentera darat menjelang pilihanraya kecil Bagan Pinang.
Katanya, Perdana Menteri hanyalah ‘mengambil kesempatan’ keatas anggota tentera kerana pengundi anggota tentera ramai.
”Pada hal selama berbelas tahun jadi Menteri Pertahanan, dia (Najib) tak terfikir pun tentang pengorbanan anggota-anggota tntera terutamanya anggota-anggota tentera darat,
”Apabila berlaku pilihanraya kecil di Bagan Pinang, barulah nak memikat hati anggota-anggota tentera darat dan menamakan sbg bandar tentera darat,”jelas beliau yang juga bekas Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan.
Datuk Zahar turut membidas perisytiharan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak itu, dan berkata, “apa jua nama yang hendak diberikan kepada Port Dickson adalah tidak penting, sekira kebajikan anggota tentera dan bekas tentera diabaikan,”.
Oleh itu beliau mengingatkan anggota tentera dan bekas-bekas anggota tentera supaya jangan mudah terpedaya dan memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN).
“Saya nak bagi tahu angota-anggota tentera malam ini, jangan semudah-mudah pangkah Barisan Nasional,
”Sekarang ini memanglah kita berlagak dengan pakaian tentera kita, tapi percayalah anggota tentera (sekalian), bila tuan-tuan habis berkerja nanti, (setelah) 21 tahun berkhidmat (untuk negara), tuan-tuan akan di pinggirkan,”katanya