Ikuti Blog ini

Kajian UM: Ramai Tidak Percaya Video Anwar, PAS Mampu Ganti UMNO

Kajian UM di Perak: Video seks Anwar tidak dipercayai

KUALA LUMPUR : Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti responden mereka tidak percaya kepada video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

54 peratus respondan pula berkata, PAS mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.

Kajian itu juga mendapati, tahap kepercayaan yang rendah terhadap media arus perdana dalam membuat laporan tentang politik.

Keputusan ini diperolehi dalam kajian yang dijalankan mereka pada 23 - 30 Oktober 2011 di Perak.

Ia melibatkan responden seramai 1304 orang dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka menggunakan soalan kaji selidik berstruktur.

Demikian kata Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Pengarah UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam satu kenyataannya hari ini.

Kajian itu mendapati, hanya 18 peratus percaya kepada video seks itu, 46 peratus tidak percaya manakala 36 peratus lagi tidak pasti.

Selain keputusan itu, mereka juga mendapati majoriti pengundi di Perak telah membuat keputusan parti yang akan dipilih pada PRU ke 13 nanti.

Persepsi pengundi di Perak terhadap kerajaan BN pula berada pada tahap yang tidak membanggakan.

45 peratus dari respondan tidak menyokong kenyataan BN telah menunjukkan prestasi yang baik di Perak, hanya 38 peratus bersetuju dan 17 peratus tidak pasti
.

PAS pula dilihat mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.

54 peratus dari mereka bersetuju dengannya, manakala hanya 19 peratus kata PAS tidak mampu sementara 27 peratus tidak pasti
.

Mereka juga mendapati pendekatan program 1Malaysia masih belum mampu untuk meningkatkan sokongan terhadap BN di Perak.

Kajian ini juga mendapati majoriti etnik Melayu menyokong BN sementara majoriti etnik Cina menyokong Pakatan di negeri itu. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .