Malah, lebih malang lagi ketika itu bacaan yang dibuat adalah dihadapan Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Muda Pahang, Menteri Belia Dan Sukan termasuk lain-lain pembesar negara dan negeri ini. Soalnya sekarang, kenapa insiden ini boleh berlaku sedangkan sudah beberapa kali latihan intensif dibuat sebelum itu.
Penganjur wajar dipersalahkan kerana kesilapan menyediakan "skrip" menyebabkan pembaca ikrar terbabit yang juga seorang athlet sukan negara tersasul dan tergarap-gagap akibat gemuruh. Soalnya, kenapa beliau dipilih untuk membaca ikrar sedangkan nampak jelas dari awal lagi dia agak tidak berapa yakin untuk berbuat demikian.
Skrip ikrar sepatutnya dibuat dalam bahasa yang mudah untuk dihafal dan difahami agar ia melekat di hati athlet yang membacanya. Kesilapan yang berlaku telah mencacatkan upacara perasmian Sukan Malaysia malam tadi sebenarnya. Apapun, kami tidak menyalahkan pembaca ikrar terbabit. Mungkin kerana beliau masih muda dan sudah pasti darah gemuruh menjelma tatkala berhadapan dengan acara rasmi seperti itu.
Apa yang menyedihkan ialah sikap penonton yang "booo" beliau hingga bergema satu stadium. Justeru, pihak berkenaan digesa mengambil ikhtibar atas kejadian ini. Lakukan yang terbaik agar segalanya dapat berjalan lancar tanpa insiden seperti ini lagi pada masa-masa yang akan datang hendaknya.
Insiden semasa bacaan ikrar jelas sekali telah mencacarkan acara perasmian
[Insiden
seperti ini sepatutnya tidak berlaku jika penganjur berhati-hati
memilih pembaca ikrar dan menyediakan skrip yang lebih mudah. Dalam
keadaan seperti ini, sememangnya sesuatu yang tidak dirancang pasti akan
berlaku. Makanya, pihak berkenaan perlulah lebih berwaspada agar ia
tidak berulang lagi.
Kecacatan sewaktu upacara perasmian seperti ini
sudah pasti akan menganggu kelancaran acara sukan sepanjang temasya
berkenaan. Pahang selaku tuan rumah buat kali kedua kejohanan sukan
terbesar di Malaysia seharusnya lebih bersedia dengan pengalaman yang
sudah ada. Namun, anehnya keadaan sebaliknya pula berlaku.