Dianggarkan kira-kira 8,000 orang peserta 'Himpunan Hijau Raub'
Selamatkan Bukit Koman, Pahang telah berada di tapak padang Milo, Raub
yang bermula jam 2.30 petang tadi.Menariknya, dua buah kerusi khas telah
disediakan khas buat Menteri Besar, Adnan Yaakob dan ahli parlimen Raub
yang juga menteri pelancongan, Ng Yen Yen.Bagaimanapun, kedua-dua
pemimpin Barisan Nasional (BN) berkenaan masih tidak muncul walaupun
surat jemputan rasmi telah dihantar penganjur sejak dua minggu lalu.
Ada di antara mereka sudah berkumpul di sepanjang Jalan Bukit Koman
sejak jam 1 tengah hari tadi untuk menyatakan bantahan mereka terhadap
penggunaan sianida di lombong emas berdekatan.Peserta "Himpunan Hijau
Raub" itu rata-rata memakai kemeja-T hijau, bersorak dan mengambil
gambar sendiri sebelum perhimpunan itu bermula.Penduduk Kampung Baru
Bukit Koman, berdekatan lombong itu mendakwa penggunaan sianida
menjejaskan kesihatan mereka tetapi perkara itu ditolak oleh kerajaan
dan syarikat pengendali lombong, Raub Australia Gold Mining Sdn. Bhd.
Penduduk, khususnya melalui Jawatankuasa Haramkan Sianida sejak 2007 menentang operasi itu melalui pelbagai cara, termasuk mengheret kerajaan negeri ke mahkamah.Mereka berkumpul di padang kompleks sukan Raub yang dikenali penduduk setempat sebagai Padang Milo.Pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir di himpunan ini adalah Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, ahli parlimen Bakri, Er Teck Hua, dan pemimpin setempat.Polis melarang mereka berarak dan meminta Raub Australia Gold Mining menghantar wakil untuk menerima nota bantahan.
Bandar Raub yang sebelum ini sunyi hari ini menerima kehadiran peserta yang datang sejauh Kuantan dan Kuala Lumpur manakala ada yang datang dari Pengerang, Johor yang bakal terjejas ekoran rancangan perdana menteri, Najib Altantuya mengambil tanah di kawasan mereka untuk dijadikan lapangan minyak dan gas (RAPID) yang sebenarnya pusat pengumpulan kedua-dua bahan itu untuk kegunaan Singapura dan tentera Amerika Syarikat.
Dijangka, kira-kira 3,000 lagi peserta tersekat dalam kesesakan jalan raya sepanjang 3 kilometer menghala ke bandar ini ekoran polis mengadakan satu sekatan jalan raya dari arah Bentong dipercayai cuba untuk menggagalkan himpunan hari ini.Setakat jam 3 petang tadi, kelibat Adnan dan Ng Yen Yen masih tidak kelihatan walaupun Yen Yen menganjurkan jelajah basikal sempena sambutan kemerdekaan di bandar ini pagi tadi.
Fakta Sianida
Sianida adalah zat beracun yang sangat mematikan. Sianida telah digunakan sejak ribuan tahun yang lalu. Sianida juga banyak digunakan pada saat perang dunia pertama. Kesan dari sianida ini sangat cepat dan dapat mengakibatkan kematian dalam jangka waktu beberapa minit. Hidrogen sianida disebut juga formonitrile, manakala dalam bentuk cairan dikenal sebagai asid prussit dan asid hidrosianik. Hidrogen sianida adalah cairan tidak berwarna atau dapat juga berwarna biru pucat pada suhu kamar.
Bersifat meruap dan mudah terbakar. Hidrogen sianida dapat bertindak balas baik dengan udara dan bahan peledak. Hidrogen sianida sangat mudah bercampur dengan air sehingga sering digunakan. Bentuk lain ialah sodium sianida dan potassium sianida yang berbentuk serbuk dan berwarna putih. Sianida dalam dos rendah ditemui pada alam semulajadi dan ada pada setiap produk yang biasa kita makan atau gunakan. Sianida dapat dihasilkan oleh bakteri, jamur dan ganggan.
Sianida juga ditemukan pada rokok, asap kendaraan bermotor, dan makanan seperti bayam, bambu, kacang dan tepung ubi. Selain itu ia juga terdapat pada beberapa produk sintetik. Sianida banyak digunakan pada industri terutama dalam pembuatan garam seperti natrium, kalium atau kalsium sianida. Sianida yang digunakan oleh tentera NATO (North American Treaty Organization) adalah yang jenis cair iaitu asid hidrosianik (HCN).
Gejala yang ditimbulkan oleh zat kimia sianida ini bermacam-macam; mulai dari rasa pening pada kepala, mual muntah, sesak nafas, dada berdebar, selalu berkpeluh sampai mati dan pengsan apabila tidak segera ditangani dengan baik akan mengakibatkan kematian. Kesan keracunan ini sangat cepat, kerana prognosis dari terapi yang diberikan juga bergantung kepada berapa lama pesakit terkena zat toksik tersebut. ~mkini