Dua hari lepas, dua orang anggota komando VAT69 telah terkorban di Lahad
Datu ketika Kerajaan Malaysia terus mengambil sikap 'berunding'
sedangkan dalam mana-mana negara berdaulat tidak akan berkompromi dengan
pencerobohan bersenjata. Semalam tanggal 2 Mac, seorang lagi anggota
keselamatan negara terkorban dan kali ini di Semporna.
Saya ucap takziah dan tidak dapat sembunyi perasaan sedih berbaur
kemarahan. Sedih kerana peristiwa kematian ini mampu dielak jika
kerajaan bertindak lebih awal sebelum melarat seperti yang diberitakan.
Sesungguhnya, membenarkan kependudukkan yang berminggu kepada anggota
pengganas Sulu ini merupakan satu langkah malang buat negara, menjadikan
kedudukan mereka yang lebih sedia untuk menyusun gerakan - Ini harus
diakui.
Pagi ini saya terkejut membaca laporan media yang mengatakan Perdana
Menteri Malaysia memberikan kata dua kepada penceroboh ini atau hadapi
tindakkan pihak berkuasa. Pertama, mereka bukan lagi sekadar penceroboh
tetapi musuh negara pengganas bersenjata yang telah membunuh anggota
keselamatan Malaysia. Kedua, mengapa perlu memberi kata dua? Bukankah
sudah ada yang terkorban? Di atas dua perkara ini, saya simpulkan bahawa
Perdana Menteri Malaysia adalah bangsat dan tidak layak lagi meneraju
negara.
Inilah nasib Malaysia, mempunyai seorang Perdana Menteri yang lemah
segala bidang, dari sudut ekonomi, sudut pentadbiran, sudut integriti,
sudut kepimpinan, sudut menangani kirsis, sudut menjawab persoalan dan
juga hingga sudut mempertahankan kedaulatan negara - semua gagal.
Mungkin kerana 'ia' hadir dari pilihan kelompok manusia yang tidak punya
jatidiri serta mengamalkan rasuah dan tidak mustahil sanggup menjual
negara demi untuk terus berkuasa.
Apakah keterlaluan jika saya katakan, ini semua sandiwara untuk mengubah
haluan sokongan rakyat kononnya 'agar bersatu di bawah kerajaan' bagi
menghadapi krisis Lahad Datu dan seterusnya menguntum simpati? Bagaimana
timbul persoalan 'sandiwara'? Bila ada perasaan sangsi maka timbullah
soal sandiwara. Salahkah jika rakyat yang terlalu banyak memendam
'curious mind' saling bertanya "Apakah ini sandiwara?" bila banyak
perkara pelik berlaku.
Pelik, apabila memikirkan bagaimana ratusan musuh negara yang bersenjata
boleh mendarat di Tanjung Labian dengan skala ratusan anggota tanpa
disedari. Lebih pelik, saya berkongsi persoalan bekas Jeneral TLDM,
bagaimana perairan negara yang dikawal oleh 4 agensi maritim dengan
memiliki 12 radar pengesan bot sejauh 100km dan bot laju kombat CB90,
masih boleh ditembusi? Saya tidak mahu kira bab kapal selam Scorpene
menyedari kapal selam ini serba tempang tidak bersenjata (torpedo) dan
tidak mampu menyelam.
Lagi pelik, bila mana seramai 400-500 sentinel bersenjata Sulu bergerak
dari Tanjung Labian ke Kg Tandou dengan berjalan kaki melalui denai
perkampungan, apakah ia tidak disedari, apakah polis, tentera dan orang
kampung tidak perasan? Tidakkah negara mempunyai perisik? Ini pelik.
Saya faham negara ini terlalu banyak 'Special Branch' yang mengekori
kebanyakkan pemimpin PR, turun ke ceramah dan sebagainya. Namun apakah
mustahil tiada SB yang memerhati gerakan bersenjata Sulu?
Saya berani mengatakan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah
gerakan anak muda yang menuntut perubahan negara menjadi perhatian
kepada SB dan juga Majlis Keselamatan Negara. Kerana apa setiap gerakan
SAMM diperhatikan dengan teliti? Kerana SAMM adalah ancaman kepada Umno
dan Barisan Nasional. Tetapi bagaimana pula dengan gerakan yang
mengancam rakyat dan negara khususnya rakyat Sabah di perbatasan sana,
tidakkah ada SB atau intel yang memerhatikan mereka? Ini pelik dan sudah
tentu memperagakan lebih banyak persoalan.
Berbalik kepada isu pengganas Sulu pasca pertempuran. Kepelikkan menjadi
lebih serius selepas tamat pertempuran di Lahad Datu apabila memikirkan
bagaimana ratusan anggota bersenjata Sulu ini boleh lolos dari kepungan
pihak berkuasa? Kita semua telah dimaklum dengan jelas bahawa
perkampungan Tandou telah dikepung, maka di manakah ketua mereka? Apakah
mati atau ditahan? Berapa ramai yang ditahan? Apakah mereka punya
magika boleh hilang sekelip mata? Apakah mereka ini 'orang minyak'?
Pelik, pelik dan pelik!
Dengan banyaknya persoalan pelik seperti yang saya sebut di atas,
salahkah rakyat berdepan 'curious mind' setelah banyak perkara berlaku
susah diterima akal?
Sandiwara atau tidak, saya berani katakan yang bangsat di atas sana
sanggup buat apa saja, jual negara, korbankan nyawa, you name it!
Asalkan masih pegang tampuk kuasa. Saya jamin Umno dan Barisan Nasional
akan tumbang PRU-13, apa cara pun mereka akan kalah kerana semua rakyat,
profesional, penjawat awam, pekerja sendiri dan orang atas pagar telah
tekad untuk bersama arus perubahan. Malah mungkin kali ini kalau Umno/BN
menipu PRU pun akan tetap hadapi kekalahan. Difahamkan, pengundi hantu
yang terdiri daripada warga asing juga tidak berani keluar membahayakan
nyawa mereka untuk mengundi Umno/BN di atas ketegasan rakyat kali ini.
Justeru, apa lagi cara yang mereka ada?
Sandiwara atau tidak, pertempuran sudah berlaku dan anggota keselamatan
sudah terkorban. Pertempuran dan kematian adalah sahih, manakala
sandiwara adalah persoalan dari peristiwa yang berlaku.
Harus dilekatkan dalam kepala kita, menimbulkan persoalan (sandiwara)
dan mensahihkan sesuatu adalah dua perkara berbeza. Sahihnya sekarang
ialah, saya tetap menegaskan Kerajaan pimpinan Umno dan BN harus
bertanggungjawab, Najib dan Hishamuddin harus bertanggungjawab di atas
kematian semalam hari ini dan esok. Namun dalam masa sama rakyat tetap
persoal mengapa begitu dan begini, seolah ia satu sandiwara meminta
simpati telah berlaku.
Akhir sekali saya menyimpulkan, tidak keterlaluan jika saya katakan demi
kemenangan Umno/BN di Sabah dulu dan kini, sanggup Umno dan Barisan
Nasional penuhkan Sabah dengan warga asing termasuk warga sulu yang
akhirnya membawa kepada beraninya warga Sulu bersatu dan memberontak
menuntut sabah! Percayalah, mereka tidak akan berani bertindak sekiranya
tidak punya asas atau kekuatan yang cukup untuk mengancam negara.
Apakah suatu masa nanti, di atas ketergamakkan Umno menjual negara
melalui skim pemberian kad pengenalan dan beri ruang kepada warga asing
mengundi demi untuk terus kekal berkuasa, akan sampai ketikanya
Indonesia pula menuntut negara ini kerana telah berjuta warga mereka di
sini. Ia tidak mustahil sepertimana yang kita fikirkan tidak mustahil
Sabah berlaku peperangan di Sabah.
Sekian
Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger Pengarah Propaganda SAMM