Ikuti Blog ini

Semua dijemput ke solat hajat, doa munajat di rumah Anwar


KUALA LUMPUR, 6 Ogos -Seluruh rakyat dijemput ke rumah Dato' Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut malam ini bagi melahirkan sokongan terhadapnya.
Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dalam satu kenyataannya sebentar tadi menyeru semua ahli dan penyokong PAS untuk hadir di rumah Anwar bagi majlis solat hajat dan doa munajat bermula Maghrib hari ini.

Anwar dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen,Jalan Duta esok berhubung dakwaan liwat yang dibuat Saiful Azlan pada 28 Jun lalu.

Polis dilaporkan telah menyerahkan satu dokumen kepada Anwar di kediamannya berhubung pertuduhan itu hari ini.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin pula menyatakan bahawa tindakan itu berniat jahat dan sengaja dilakukan tatkala kerajaan melihat rakyat memberi sokongan penuh kepada Anwar.

AMK turut kesal dengan perkembangan itu dan menyifatkan ia tindakan yang menyempitkan lagi ruang demokrasi, katanya.

Justeru, atas solidariti kepada Anwar, AMK telah menghubungi semua petugasnya untuk mengadakan himpunan menyokong Anwar di hadapan mahkamah jam 9.00 pagi esok.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .