Ikuti Blog ini

Delegasi Imam China Kunjungi Nizar.

IPOH : Satu delegasi seramai 30 imam dari negara China telah membuat kunjungan hormat kepada Menteri Besar Perak di kediaman rasminya semalam.

Kunjungan tersebut dilihat sebagai salah satu usaha bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim saudara seagama antara negara China dan negara Malaysia, khususnya negeri Perak Darul Ridzuan.

Delegasi yang diketuai oleh Dr Ahmad Musa Wang, turut diiringi oleh seorang jurubahasa dari Peratuan Cina Muslim Malaysia Cawangan Ipoh. Kehadiran mereka telah diraikan dalam satu majlis jamuan sempena perayaan Idulfitri.

Dalam ucapannya, YAB Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin , telah menyatakan rasa kagumnya diatas kebolehan para imam dalam menguasai pelbagai bahasa termasuk bahasa Arab.

Delegasi tersebut turut mempamerkan kebolehan salah seorang imam dalam persembahan seni wushu yang amat menarik.

Selain itu, seorang lagi telah menunjukkan kebolehan seni kaligrafinya kepada Nizar dan hadirin yang sangat mengkagumkan.

Delegasi 30 Imam dari China seumpama ini juga pernah mengadakan lawatan ke Perak di bulan Ramadhan tahun lepas sewaktu era YB Dato Seri Tajol Rosli menjadi Menteri Besar Perak.

Imam-imam berkenaan adalah dalam rangka lawatan sambil belajar ke negara ini. Mereka berada di Ipoh selepas membuat kunjungan hormat kepada Menteri Besar Kedah.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .