| |
Hulu Terengganu - Kejatuhan kerajaan PAS Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 tahun 2004 dan juga kekalahan pada PRU ke-12 Mac lalu, kedua-duanya dilihat berpunca dari kekeliruan rakyat terhadap ‘jenama’ Islam Hadhari.
“Sebenarnya, kekeliruan pengundi di Terengganu. Dia (rakyat) keliru sedikit dengan apa yang UMNO hendak buat dan apa yang PAS hendak sampaikan. “Saya tidak nampak itu kegagalan PAS kerana banyak program-program yang dibuat oleh bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh sendiri banyak menggunakan ‘tagging’ Islam,”kata Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang ditemui selepas majlis ceramah di Pekan Manir, dekat sini semalam
Beliau berkata rakyat terutama di kalangan para pengundi keliru diantara apa yang UMNO hendak buat serta apa yang PAS hendak sampaikan. (Gambar - Nizar bersalaman dengan orang ramai selepas majlis ceramah)
“Itulah masalah PAS hari ini, sebab tidak boleh hendak membawa satu-satu isu dijadikan ia sebagai suatu kontemporari.
“Rakyat boleh terima dan orang UMNO pun boleh terima dan sepatutnya, orang di Terengganu boleh terima dan bukan suatu isu kekerasan PAS,” jelasnya.
|
Ikuti Blog ini
Kalah PRU - PAS Terengganu tidak gagal, Pakej Islam Hadhari Kelirukan Rakyat ,Selasa, Oktober 14, 2008 at 14.10.08,
Tuesday, 14 October 2008