Kalau Pak Lah Dibaling Kasut… Confirm ISA
Sudah tentu pembaling itu akan ditahan dibawah ISA, kerana ia menganggu ketenteraman awam.Berapa tahun tak tahu, kerana bergantung kepada keadaan pembaling itu sendiri.Takut-takut dia keluar ISA nanti dia baling kasut pada Menteri-Menteri lain pula.
Sementara itu hamid berkata ISA hanya digunakan apabila tiada pilihan bagi mengelakkan perkara yang boleh memecahbelahkan keharmonian negara.Tambahnya lagi “Lebih tepat, lebih cepat dan lebih sempurna untuk menggunakan Akta ISA… penahanan di bawah akta itu adalah tindakan awal elak keselamatan rakyat di negara ini (terjejas),”Kenyataan Hamid Albar lebih menyakitkan hati dari di tipu oleh British ketika zaman penjajah dulu. Kalau penjajah berkata sebegitu, kita tidak hairan. Yang peliknya orang kita sendiri memuji muji undang undang zaman batu hanya untuk kekal berkuasa.