Ikuti Blog ini

Lucu dan kartun, Speaker pula dipersalahkan BN.

Exco Kerajaan Kudeta Negeri Perak, Mohd. Zahir Abdul Khalid mengemukakan notis mahu merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas alasan salah laku dan tidak menghormati Sultan Perak.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu diserahkan kepada Setiausaha Politik Sivakumar, A. Basu di pejabat Speaker di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

Tindakan lucu dan kartun itu diambil sehari sebelum sidang tergempar DUN dijadualkan berlangsung esok.

BNlah punca kemelut yang berlaku di Perak sekarang, nampak sangat tembelang mereka sekarang ini, mereka yang mula langgar perlembagaan kami pula yang disalahkan.

Kalau bercakap mengenai undang-undang dan sebagainya, BN lah yang menjadi pelopor kepada pelanggaran semua itu tanpa batas. Amatlah lucu Pakatan Rakyat dan Speaker yang dipersalahkan.

Sangat malang semuanya hendak dikaitkan kepada menghormati Sultan dalam keadaan yang tersepit dan tidak ada alasan lain.

Zahir berkata, notis itu juga berkaitan dengan tindakan Speaker termasuk keputusan menggantung dan melarang Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan Haram negeri menghadiri persidangan DUN.

"Kita anggap ini tidak mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan ini melanggar dan ingkar titah Sultan Perak.

"Kita sebagai ADUN termasuk Speaker sedia maklum mesti menyatakan taat setia tidak berbelah bagi kepada Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan notis itu di sini.

Zahir berkata, mengikut Artikel 47 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang merupakan perlembagaan serta undang-undang tertinggi di Perak, semua anggota DUN mengangkat sumpah antara lain untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Perak dan bersumpah dengan sesungguhnya akan taat setia kepada Sultan Perak.

Pada 18 Februari lalu, Zambry digantung oleh Speaker serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco kerajaan negeri digantung selama 12 bulan.

Minggu lalu pula Sivakumar memanggil untuk diadakan sidang tergempar DUN, yang dijadualkan esok.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM



NOTIS...
Exco Haram Perak, Mohd. Zahir Abdul Kadir (kiri) dan peguamnnya menyerahkan notis untuk merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kepada Setiausaha Politiknya, A. Basu (kanan).
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .