Ikuti Blog ini

HI-TEA MESRA DAN DIALOG





HI-TEA MESRA DAN DIALOG

Pada Ahad, 1 Mac 2009 lepas telah berlansung satu program anjuran Ikatan Anak-Anak Perak Diperantauan (IKAPP) iaitu ’Hi-Tea Mesra Dan Dialog’ di Dewan PKPS, Shah Alam. Tetamu kehormat yang hadir antaranya, Ust. Hj. Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak), Ust. Misbahul Munir Masduki (Setpol MB Nizar), YB. Hj. Husam Musa (Naib Presiden PAS), YB. Dr. Lolo’ Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa), Mejar (B) Hj. Abd. Rashid Hassan Basri (bekas calon PAS Parlimen Setiawangsa-2004), dan Ust. Idris Ahmad (bakal calon PAS-P59 Bukit Gantang?).

Turut kelihatan hadir antaranya, YB. Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan Ust. Yazid Jaafar (Pak Yazid). YAB Dato’ Seri Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin (MB Sah Perak) yang sepatutnya hadir sebagai tetamu utama bagaimanapun tidak dapat hadir kerana ibu mertua beliau, Hjh. Azizah baru sahaja kembali kerahmatullah pada malam-Sabtu 28 Febuari ketika Dato’ Seri Nizar dan YB Hj. Husam Musa sedang berceramah di Pokok Sena, Kedah. Jenazah selamat disemadikan kira-kira pukul 1 tengahari Ahad-1 Mac 2009 di Tapah, Perak. Takziah diucapkan kepada Dato’ Seri Nizar dan keluarga.

Namun kehampaan hadirin yang dianggarkan kira-kira lebih 1000 orang yang rata-rata mahu bertemu dan mendengar amanat dari Dato’ Seri Nizar, ’terubat’ apabila Ust. Misbahul Munir memancarkan secara ’live’ menerusi ’handphone’ beliau, ucapan Dato’ Seri Nizar dari Tapah. Ucapan selama kira-kira 10 minit itu jelas mengambarkan akan keyakinan dan iltizam Dato’ Seri Nizar serta barisan kerajaan sah Pakatan Rakyat Perak untuk terus berjuang mempertahankan dan menegakkan kebenaran yang sengaja diputar-belit oleh pihak BN melalui media-media tungangan mereka untuk mengelirukan rakyat.

Ust. Misbahul Munir dalam ucapanya turut menyatakan bahawa, pada 3 Mac ini Sidang Dewan Undangan Negeri Perak tetap akan diadakan mengikut perancangan biarpun menyedari halangan yang bakal dihadapi. Namun, mengikut apa yang dikhabarkan oleh beliau, perancangan dan tindakan susulan telah disediakan jika terdapat halangan dari mana-mana pihak. Bagaimana bentuk perancangan dan tindakan itu, dirahsiakan. Kita tunggu saja 3 Mac nanti.

Terdahulu, majlis bermula pada pukul 3 petang dengan menjamu selera, disulami dengan tayangan video berkaitan krisis di Perak. Kira-kira pukul 4 petang majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh seorang pelajar kecil, adik Ahmad Atir berusia 6 tahun.

Bagi anak-anak Perak yang berada di perantauan, IKAPP mempelawa anda untuk mendaftar sebagai ahli Ikatan Anak-Anak Perak Diperantauan. Antara objektif utama :

-Penyebaran Maklumat Semasa.
-Perkongsian Usaha Membantu Kerajaan (Sah) Perak.
-Memastikan Anak-Anak Perak Yang Menjadi Pengundi Di Perak Pulang Untuk Mengundi.
-Mengeratkan Ukhwah Antara Anak-Anak Perak Di Perantauan.

Sila mendaftar secara online dengan menghantar sms seperti berikut:

ANAK PERAK#nama#IC#Alamat#Parlimen Mengundi dan hantar ke :

013-222 6018
Contoh :

ANAK PERAK#Muhammad Bin Ali#740204085367#No 9, Jalan SG 10/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor#Kuala Kangsar

Bagi menyatakan sokongan terhadap usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, T-shirt berwarna hitam bertulis KEMBALIKAN HAK RAKYAT – BUBAR DUN turut dijual. Majlis berakhir lebih kurang pukul 5.30 petang.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .