Ikuti Blog ini

Pak Lah Menjadi Mangsa Ke 5

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/langgarwasiat.jpg

Kuala Terengganu
Perdana Menteri Dato’Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulangi pendiriannya akan menyerahkan jawatan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac ini.


Kenyataan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 di Hua Hin, Thailand menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa akan berlaku perubahan dalam pelan peralihan kuasa pada Mac ini.

Dengan kenyataan itu, bermakna semua perkara yang dipersetujui antara Abdullah dan Najib sebelum ini tidak akan berubah. Abdullah tetap berpegang pada pelan berkenaan.

Sekiranya penyerahan kuasa itu berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO 24 hingga 28 Mac ini, maka Pak Lah sudah menjadi orang yang ke 5 terkorban, dikatakan terkena ‘badi’ melanggar wasiat Tok Sheikh Duyong.

Orang yang pertama menjadi korban adalah Bekas Exco kerajaan Terengganu Dato’ Wan Hisham Wan Salleh.

Wan Hisham, seorang Exco kanan yang dilihat paling berpengaruh dalam UMNO Terengganu gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Ladang dan tewas kepada calon PAS, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar dalam piliharaya umum ke 12, Mac tahun lalu.

Bekas Bendahari UMNO Terengganu itu sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk merpertahankan kerusi DUN Ladang memandangkan kedudukan kewangan dan lawannya yang tidak mempunyai pengalaman dalam politik.

Korban kedua akibat melanggar wasiat Tok Sheikh Duyong adalah Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Idris tidak dapat mengelak dari terkena ‘badi’ wasiat tersebut, tidak dapat berbuat apa-apa apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin tidak perkenan untuk melantik kembali beliau sebagai Menteri Besar.

Selaku Pengerusi Perhubungan UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional Terengganu, Idris sepatutnya paling layak memegang kembali tampuk pemerintahan negeri.

Segala program pembangunan yang dirancang dan dilaksnakan Idris dilihat sebagai yang ‘terhebat’ dan tidak ada sebab Idris dinafikan untuk kembali berkuasa.

Namun sebaliknya, ADUN Kijal, Dato’ Ahmad Said, yang bukan Exco kanan malah dilihat sebagai tokoh yang bermasalah, tiba-tiba dipilih menjadi Menteri Besar.

Selepas Idris menjadi korban kepada pembangunan Pulau Duyong dan rantaian Sukan Perahu Layar ‘Monsoon Cup’, rakan kongsi rapatnya, Dato’ Patrick Lim Soo Kit, pula tiba-tiba meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Equine Capital.

Patrick di gelar sebagai ‘Patrick Badawi’ oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana beliau merupakan sekutu rapat kepada Pak Lah dalam melaksanakan projek-projek Mega dibawah pemerintahan Pak Lah termasuk projek kontroversi PGCC.

Patrick dikatakan menguasai dana khas kerajaan persekutuan yang di peruntukkan untuk membangunkan negeri Terengganu merupakan ‘orang dibelakang tabir’ dalam melaksanakan projek pertandingan perahu layar ‘Monsoon Cup’, pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man.

Pada 10 Oktober, 2008, Patrick yang memegang jawatan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Equine Capital Bhd sejak 2003, mengumumkan melepaskan kedua-dua jawatan tersebut.

Mangsa korban terbaru pembangunan Pulau Duyong adalah bekas Timbalan Menteri Dato’ Wan Farid Wan Salleh yang kecundang dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, pada 17 Januari lalu.

Wan Farid yang juga adik kepada Wan Hisham adalah penghubung diantara matarantai pemain-pemain dalam ‘skandal’ pembangunan Pulau Duyong.

Sebagai Setiausaha Politik kepada Pak Lah, Wan Farid menggerakkan semua keputusan bagi pihak Pak Lah di Putrajaya untuk dilaksanakan di negeri Terengganu.

Segala penglibatan Wan Farid dengan skandal Wang Ehsan, Dana Khas Kerajaan Persekutuan, Monsoon Cup dan Pembangunan Pulau Duyong didedahkan oleh Raja Petra melalui tulisannnya.

Pak Lah, Wan Farid, Patrick Lim, Idris dan Wan Hisham adalah lima pemain utama yang melaksanakan pembangunan Pulau Duyong dan Monsoon Cup.

Perancangan dan perlaksanaan Pembangunan tersebut tidak dibincangkan dalam kerajaan negeri Terengganu sebagaimana pernah diakui oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said.

Pembangunan Pulau Duyong, Monsoon Cup dan Pulau Wan Man juga tidak banyak membawa manfaat kepada rakyat Terengganu sebagaimana diakui oleh Jawatankuasa Khas Parlimen berkenaan Integriti.

Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya pembangunan Pulau Duyong telah merampas hak-hak penduduk pulau itu dan dibuat diatas tanah yang di anugearhkan oleh Sultan Terengganu kepada Tok Sheikh Duyong.

Tok Sheikh Duyong, adalah ulama’ terkenal nusantara, telah dilantik menjadi Mufti Terengganu oleh Sultan Omar pada tahun 1846.

Semasa pertabalan anak muridnya, Sultan Zainal Abidin III menjadi Sultan pada 18 Disember 1881, Tok Syeikh Duyung dalam solat hajatnya telah berdoa yang bersungguh-sungguh untuk keselamatan Sultan Zainal Abidin III, semua rakyat dan kerajaan.

Tok Sheikh Duyong telah diberikan anugerah sebuah pulau, Pulau Duyong Kecil oleh Sultan Terengganu dan dijadikan kawasan penempatan anak-anak muridnya yang datang ke pulau Duyong untuk menuntut ilmu ugama.


Tok Sheikh Duyong pernah berpesan
dan kemudiannya menjadi ‘wasiat’ kepada anak-cucunya, tidak membenarkan setitik arak pun tumpah di atas Pulau Duyong Kecil dan tidak dibenarkan berlaku sebarang maksiat diatasnya.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .