"Isu Perak ini dalam proses mahkamah. Oleh itu, kita mesti menghormati proses mahkamah malah pihak pembangkang pun telah bawa kes Perak melalui proses di mahkamah.
"Jadi kita akan menghormati proses mahkamah untuk menentukan keputusan muktamad berkenaan hal kedudukan kerajaan di Perak ini," kata Perdana Menteri dan Pengerusi BN selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn di sini hari ini.
Kata-kata Najib di atas lebih banyak menimbulkan kesangsian terhadap proses mahkamah yang oleh banyak pihak, terdapat campurtangan eksekutif terhadap judiciari apabila hakim Ramle Ali yang mendengar dan akan menghkimi kes-kes melibatkan Nizar dan Zambry di Mahkamah Rayuan.
Hal ini dikesani apabila Hakim Mahkamah Rayuan yang mendengan kes Zambry vs Nizar adalah seorang hakim yang namanya disebut di dalam kes rasuah VK Lingham beberapa bulan lalu iaitu Datuk Ramly Ali.
Chegu Bard mendedahkan mengikut perbualan VK Linggam, beliau telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Datuk Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002.
Juga, mengikut Jeff Ooi, Hakim Ramly ini baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah.
Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.
Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambery MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO. Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan Umno melalui VK Linggam.
Apabila Nizar merayu, terpaksa menunggu 5 hari dan terpaksa berhadapan dengan panel 3 hakim pula. Heran, heran heran. (Correct, Correct, Correct)