Apabila aku baca laporan Utusan Online bertajuk “Teo Beng Hock mati kerana terjatuh dari paras tinggi” aku pun cari dalam macam-macam blog dan aku jumpa macam-macam andaian dan ulasan. Tapi kebanyakannya tidak sama dengan yang ditulis oleh Utusan.
Contohnya aku tengok foto kat sini bersama pakar CSI dan pakar tersebut mengesahkan dengan yakin Mendiang Teo bukan mati akibat jatuh dari tempat tinggi.
Menurut pakar ini, jika Mendiang jatuh dari tempat tinggi, dari foto tersebut boleh dikesan seperti:-
- Pasti ada kesan darah yang keluar dari hidung dan mulut. Kesan darah atas lantai berhampiran muka.
- Jatuh dari tempat tinggi kepala terhempas ke lantai dan pecah. Darah terpercik keluar paling banyak di bahagian kepala dan tompokan darah paling banyak atas lantai di kepala mendiang.
- Mayat akan kelihatan renyuk
Itu saja pakar boleh komen. Sebab pakar ini mendapat pengalaman dan pengetahuan pun dari tv, rancangan CSI dan macam-macam. Lagipun dia anak aku umur 11 tahun, masih sekolah. Ha… ha… ha…
Kalau IO Polis dan unit forensik polis, dapat jawapan macam lain aku tak tau la……….!!!!!