Lebih 50 tahun memerintah, Umno sehingga kini masih gagal untuk mengatasi isu penjualan arak yang berleluasa di kalangan umat Islam.
Sejak zaman kolonial sehingga ke pemerintahan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, Umno masih dibuai dan leka dengan kedudukan yang diperolehnya tanpa memikirkan natijah yang melanda umat Islam akibat berleluasanya arak tanpa sebarang sekatan yang tegas.
Semudah berjalan kaki dengan duit RM10 sesiapa sahaja di kalangan rakyat di negara ini hatta yang beragama Islam dapat membeli arak yang begitu mudah diperolehi seperti di kedai-kedai serbaneka yang beroperasi 24j am.
Namun, apabila pemimpin di negeri Pakatan Rakyat cuba untuk melaksanakan peraturan larangan penjualan arak seperti di Selangor, barulah Umno cuba untuk menunjuk jaguh.
"Umno dicabar jika betul perjuangannya, mengapa tidak bantah penjualan arak di kawasan Melayu sebelum ini," tegas Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, dipetik dari Harakahdaily.
"Ini menunjukkan gabungan Umno dalam BN menjadi lebih teruk dan menjadi boneka kepada parti-parti lain semata-mata untuk menjaga hati pengundi-pengundi bukan Melayu," kata Tuan Ibrahim.