Misi Royalti Misi Maut
Hari ini kami dikejutkan tulisan wartawan Kosmo, Mohd. Khairi Mohamad menampakkan mentalitinya yang sudah lupa daratan, lupa kepada perjuangan kaum nelayan. Kalau sekadar 26 jam perjalanan di samudera kecil ini bersama 30 orang sudah dianggap satu misi menyabung nyawa, maka bagaimana dengan kehidupan para nelayan laut dalam kita?
Adakah hari-hari nelayan laut dalam kita membunuh diri dengan keluar ke laut lepas dengan lima orang tenaga mencari rezeki dan 3 ke 4 hari baru pulang.
Kepada wartawan Khairi Mohamad anda tidak layak sebagai wartawan, anda hanya patut segera menarik selimut bersembunyi disebalik tilam empuk.
Sebagai wartawan, Khairi sepatutnya kena baca Pepatah Melayu dan kata bidalan berikut:
1. ‘Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan’.
2. Bab kata bidalan ‘kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga’.
3. Sepatut wartawan Kosmo ini bersikap ‘Lautan yang dalam sudah diselami inikan pula air terenang’.
4. Rupanya wartawan Kosmo bersifat ‘Lautan dapat diduga, hati manusia siapakah dapat menduganya’.
5. Khairi kena berjiwa besar dan kena ingat pepatah melayu Pantang mati sebelum ajal.
Rupanya Khairi tidak faham misi pergi atau buat-buat tak faham atau kena pergi dengan misi tersendiri. Mungkin kepergian beliau ada udang di sebalik batu.
Orang lain dan saya turut serta buat kali pertama ke laut lepas, semua pulang dengan senyuman dan dengan pelbagai pengalaman pahit maung yang dipelajari. (lihat foto di sini – pengalaman seorang bekas ADUN Zaman Dato’ Asri belayar ke laut) dan Baca juga ini, warta’wang’ kata Blogger Perisik Rakyat.
Misi ini memberi banyak pengertian kepada perjuangan kehidupan. Misi kami ini adalah ingin mengesahkan apa cara sekalipun bahawa Pelantar Minyak dan gas adalah dalam kawasan perairan Kelantan. Justeru itu Royalti kepada Kerajaan Kelantan perlu dibayar seperti yang termaktub dalam perjanjian.
Kedua, misi ini memberi pengalaman baru kepada betapa susahnya hidup nelayan mencari rezeki menyabung nyawa untuk rakyat hidup diatas keringat mereka.
Jika inilah wartawan yang kita ada, lupakan saja mereka, memang mereka tidak layak untuk bergelar wartawan. Apa yang boleh saya katakan adalah wartawan ini adalah wartawan pondan.