ANALISIS | Penamaan Tan Sri Isa Samad sebagai calon tunggal Umno di Dun Bagan Pinang oleh kebanyakan pemimpin Umno tempatan, membimbangkan Menteri Besar Datuk Seri Utama Mohamad Hassan.
Isa yang juga bekas Menteri Besar semalam menerima sokongan dari 12 Ketua Umno Cawangan, 12 Ketua MiC Cawangan, dan empat Ketua MCA Cawangan.
Dengan laluan mudah Isa itu jika berakhir dengan menang majoriti, bukan sahaja mengekalkan status quo Umno di N31, malah tidak mustahil Mohamad mampu diketepikan sebagai Menteri Besar kelak.
Ditambah oleh keakraban Isa dengan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam beberapa siri kempen pilihanraya lepas, sudah tentu memberi kelebihan kepada Isa berbanding Mohamad.
Demi survivel politik peribadi, tentunya Mohamad tidak berputeh mata.
Mohamad mungkin terpaksa sabotaj undi sokongan UBN kekal agar Isa kalah, demi memelihara locus standy dirinya.
Kekalahan Isa bermakna Isa tiada peluang menjadi Menteri Besar selepas selesai pilihanraya kecil N31 tersebut.
Pun begitu, kekalahan UBN akan mengukuhkan lagi sindrom takut kalah pilihanraya atau atychiphobia sindrome yang dialami ahli-ahli UBN sehingga kini; ekoran kekalahan berterusan mereka dalam siri pilihanraya sejak 8 Mac tahun lalu.
Kelalahan UBN di Bagan Pinang juga akan menjadi sumbu kepercayaan rakyat, bahawa Pakatan mampu mengambil alih Persekutuan selepas pilihanraya umum ke-13 (PRU13) kelak.
Menyedari semua kebarangkalian tersebut sejak dari awal lagi, mendesak Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyuddin Yassin mengarahkan akar umbi Umno menyerahkan lebih satu nama calon kepada Masjlis Tertingginya sebelum ini.
Muhyiddin mahu memilih calon lain (selain Isa), demi mengelak sabotaj oleh penyokong-penyokong Umno sendiri.
Namun, dengan pemilihan Isa sebagai calon tunggal semalam, sekaligus menjadi isyarat bahawa Muhyiddin tidak ada wibawa dalam kalangan penyokong UBN tempatan sendiri.
Mungkin sebab itu jugalah, Muhyiddin mencipta alasan, bahawa itu semua bukan membelakangkan pendapatnya; sebaliknya ia adalah suara akar umbi Umno.
Walaupun Umno dikatakan mempunyai kelebihan 5000 undi pos sebagaimana yang diwar-warkan pemimpin-pemimpin oposisi belakangan ini, dengan pergelutan kuasa dalaman Umno yang berlaku sekarang; sudah tentu menuntut PAS menangguk di air keruh.
Ini baru satu sisi pandang kecil sahaja, sementara menanti pengumuman tarikh pilihanraya kecil N31 oleh SPR tidak lama lagi.