Ikuti Blog ini

Bersama MU Palestin di Dewan Bandaran Ipoh


Masyarakat Islam di sekitar bandaraya Ipoh telah datang berpusu-pusu ke Dewan Bandaran Ipoh malam tadi selepas solat terawih kerana mahu mendengar perkembangan Palestin daripada mulut mantan imam Masjidil Aqsa , Dr Shaikh Muhammad Siyyam.

Majlis tersebut adalah dibawah anjuran badan Ngo Islam yang berpusat di Ibu Negara, Muslim Care.

Sebahagian daripada para hadirin

Menurut jurucakap badan tersebut, surat jemputan kepada badan-badan politik Islam telah di sampaikan, namun yang hadir hanyalah pemimpin-pemimpin daripada PAS dan PKR sahaja.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak,
DS Muhammad Nizar turut hadir

Dr Muhammad menerangkan bahawa rakyat Palesti kini terbahagi kepada dua kumpulan ; pertama kumpulan Sekular, dan yang kedua kumpulan Islam.

“Kumpulan Islam yang dikenali dengan Hammas kini menjadi sasaran serangan Zionis Israel setelah mereka gagal menghapuskan perjuangan Hammas dengan harta benda dan sekatan ekonomi,”katanya.

Menurutnya, pada mulanya Yahudi menyangka Hammas adalah seperti askar-askar Arab yang lain yang mudah di kalahkan dalam beberapa hari sahaja.Mereka berputus asa lalu berundur dari Gaza dan tidak masuk hingga ke hari ini lagi.

Yahudi terpaksa menggunakan segala kekuataan ketenteraan yang ada pada mereka dengan sokongan dan bantuan Amerika.

Dilaut, mereka gunakan kapal perang, di udara mereka gunakan kapal terbang dan di darat mereka gunakan kereta kebal.

Mereka menyerang dan memusnahkan hospital, rumah-rumah kediaman awam dan sekolah-sekolah menyebabkan banyak nyawa yang terkorban dan tercedera.

“ Namun, kami akan terus mempertahankan Negara kami.kami tidak akan lari meninggalkannya,” jelanya lagi dengan penuh semangat.

“Kami latih dan mempersiapkan setiap anak-anak muda kami untuk menjadi pejuang.Kami hantar mereka mengaji Quran disekolah-sekolah, dirumah-rumah dan dimana-mana sahaja mereka berada,” katanya.

Ust Azizan Desa mewakili Dewan Ulama PAS Perak
menyampaikan derma RM33 ribu

Bercakap tentang Obama, Shaik Dr berkata, “Tiada bezanya antara Obama dan Bush.Bezanya hanyalah seperti adanya kereta hitam, kereta putih, kereta merah dan umpamanya. Obama menghalang penyaluran bantuan kepada Palestin dengan menekan negara Mesir.”

Sdr Salman mewakili Dewan Pemuda PAS Perak dengan hasil kutipan RM5 ribu

“Tiada bezanya ; Obama sama seperti Bush , mereka membunuh ummat Islam dengan kejam,” katanya.

Seorang Petugas dari Bangladash turut membantu mengutip derma

Pada malam tersebut turut dilancarkan kutipan kilat derma Bersama mu Palestin. Diakhir majlis tersebut, beliau kelihatan begitu gembira dan terharu bila menerima beberapa sumbangan derma untuk perjuangan Palestin daripada orang ramai dan beberapa badan setempat.

Wakil Dewan Pemuda PAS Gopeng, Sdr Zaizi
sedang menyampikan derma RM2 ribu
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .