Ikuti Blog ini

Timbalan Al Mursyidul Am Telah Pulih

1. Sejurus selesai Mesyuarat Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat DAP petang tadi , saya dan rakan - rakan [ Kamaruzaman - setiausaha DPPP , Adram - Bendahari DPPP , Suhaizan Kaiat - Ketua Penerangan dan Azizi - Pegawai Media DPPP ] bergegas ke IJN untuk menziarahi Timabalan al Mursyidul Aam PAS Ybhg Dato' Dr. Harun Din .

2. Beliau menjalani pembedahan kecil di bahagian dadanya dan kini telah pulih dan dijangka keluar dari IJN seawal pagi esok .

3. Beliau kelihatan ceria menyambut kehadhiran kami dan banyak bercerita pengalamannya menjalani detik - detik cemas menjalani pembedahan di IJN . Kaya dengan falsafah dan sifat kerendahan dirinya . Semoga Allah swt terus merahmati malah memberkati beliau sebagai seorang pemimpin yang cukup disegani oleh kawan dan lawan .

4. Beliau mengucapkan setinggi - tinggi terima kasih kepada semua ahli PAS dan semua yang menziarahi dan mendoakan beliau .

5. Insyaallah , beliau akan mengambil sedikit masa untuk berehat sebelum kembali menjalankan tugas sebagai seorang pejuang dan pendakwah yang pastinya di tunggu ramai kehadhiran dan penampilannya .

Ketua Pemuda Pas Pusat
Ust. Nasaruddin Tantawi
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .