Ikuti Blog ini
ERA NAJIB, KAKITANGAN KERAJAAN KEMPUNAN LAGI! ,Ahad, Oktober 25, 2009 at 25.10.09,
Pada sebelah pagi semalam pada hari pembentangan Belanjawan 2010 saya mendengar sembang-sembang beberapa rakan yang menghitung perbelanjaan dari bonus yang bakal diumumkan pada petang nanti. Saya kata tak payah kiralah....kerajaan sedang gawat. Buktinya lihatlah banyak peruntukan kepada Kementerian dan jabatan kerajaan dipotong perbelanjaannya. Jangan mimpi nak dapat bonus.
Rakan saya nampak tak puas hati, katanya mana boleh kata tak ada duit....Kerajaan boleh membazir berpuluh juta ringgit duit rakyat seperti dalam Laporan Audit Negara...Kalau kerajaan boleh beli sebuah laptop harga berpuluh ribu tentu kerajaan banyak duit! Saya kata kalau tak percaya tunggulah....Dalam perjalanan balik dari pejabat saya membuka channel radio siaran langsung pembentangan belanjawan...Ikim FM....Confirm tak ada bonus!
Saya terus contact kawan tadi...Kan saya dah cakap tak ada bonus...Kalau macam ni katanya jangan harap le Umno@BN menang dalam pilihanraya umum akan datang..saya kata tak apalah sekurang-kurangnya duit RM 500 tu boleh guna untuk tampung kos harga minyak petrol yang dijangka naik tak lama lagi..
Emmm Kalau macam tu baik tak payah beri.....Lepas ni tentu harga barang melambung lagi!...Perbualan terhenti...
Bermakna sepanjang Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 2 tahun berturut-turut kakitangan awam tidak diberi bonus. Zaman Tun Dr. Mahathir yang pernah melalui zaman kegawatan ekonomi pada 2003 kakitangan awam masih diberi bonus setengah bulan gaji. Era Pak Lah yang dianggap lemah dalam bab ekonomi dan mentadbir negara masih tidak melupakan memberi bonus pada kakitangan awam...Tetapi era Najib era 1Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...Rakyat tak dapat bonus...Kepada kakitangan awam selagi era 1Malaysia usahlah bermimpi untuk dapat bonus kecuali menukar kepimpinan yang ada pada hari ini. Lepas ni pasti ada pendapat mengatakan rakyat tak tahu bersyukur dan berterima kasih...Untuk itu senang sahaja jawapannya bukan rakyat tidak bersyukur tetapi rakyat tidak boleh menerima cara kerajaan mentadbir dan mengurus wang rakyat dan negara....umpama pisau cukur....Habis licin duit rakyat dan harta negara.