
        - Ramai percaya perjuangan berteraskan bangsa akhirnya akan pupus. Keadaan yang sama bakal menimpa Umno sekiranya dogma itu terus dipertahankan.
 
- Seorang pensyarah, Nadzir Awang Ahmad pula menganggap kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengejutkan orang Melayu.
 
- Anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, amalan melantik pemimpin Islam yang berwibawa tanpa memilih bulu adalah amalan Islam sebenar kerana memeperlihatkan perjuangan Islam tidak sempit dan melangkaui sempadan bangsa.
 
- Sedangkan pemimpin Umno sebelum ini mendakwa Malaysia sebagai negara Islam, namun mengapa pula pemimpin yang patuh kepada ajaran agama tidak mahu dicontohi
 
- Perjuangan Umno semakin luput kerana ideologi yang dipertahankan sejak 1946 sudah tidak sesuai lagi dalam situasi masyarakat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia.
 
- Ramai menyokong penuh cadangan Tuan Guru Nik Abdul bagi memberi peluang pemimpin Cina Muslim yang warak menjadi ketua kerajaan.
 
- Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria berkata, pemikiran Menteri Besar Kelantan melangkau sempadan bangsa sehingga menyebabkan Umno semakin gelisah.
 
- Umno tetap mahu mempertahankan perjuangan berteraskan bangsa bukan bagi kepentingan rakyat demi mendapat faedah peribadi mereka.
 
- Adun Dabong, Ariffabillah Ibrahim berkata, cadangan Menteri Besar itu tidak mustahil dilaksanakan kerana Islam tidak meletakkan bangsa sebagai fokus perjuangan.
 
- Cadangan tersebut amat ditakuti Umno kerana tanpa perjuangan Melayu Umno sudah tidak bermakna lagi.
 
 
 
 
  
 
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .