Ikuti Blog ini

Hinanya Si Jamil Khir Baharom Sebagai Menteri Agama

KUALA LUMPUR 17 Feb - Bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Jamil Khir Baharom (foto), terhadap permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur di sini pada 10 Mac ini.

Hakim Syarie, Mohd. Shukor Sabudin menetapkan terikh tersebut bagi membolehkan kedua-dua pihak memfailkan afidavit. Jamil Khir bersama Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada 9 Februari lalu memfailkan bantahan awal untuk membatalkan permohonan qazaf Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada 9 Julai 2008, Anwar membuat satu laporan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan Jawi mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Pada 7 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Shamsuddin agar mendakwa bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan atas tuduhan qazaf. Menurut seksyen tersebut, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan kesalahan seksual tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Mohd. Saiful Bukhari sebelum ini mendakwa Anwar telah meliwatnya dan kes itu kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta.

[Dulu beliau amat dikagumi dan ilmunya amat dihormati. Kini setelah bergelar menteri, Jamil Khir Baharom seolah-olah terperangkap dalam lembah kehinaan. Bayangkan, beliau dan dua yang lainnya tergamak memohon dan membuat bantahan agar tuduhan qazaf yang dibuat oleh Anwar terhadap Saiful Bukhari dibatalkan. Inikah dia pemimpin Melayu yang diharapkan untuk menjaga agama Islam itu sendiri?.

Siapa yang dijaga sekarang ini? Agama atau kepentingan individu tertentu. Anwar sebagai orang Melayu yang beragama Islam, ada hak untuk diadili berlandaskan undang-undang syariah. Maka, kenapa Jamil Khir menghalang?. Apakah beliau didesak oleh pihak atasan?. Jika inilah senarionya, maka apa akan terjadi kiranya yang mahukan keadilan itu bukannya Anwar tetapi umat Islam yang lain.

Apakah Jamil Khir juga akan membantah agar ia dibatalkan?. Kenapa takut dengan Qazaf jika benar Saiful berada dipihak yang betul. Mahkamah di negara kita sudah jadi bercelaru apabila kes yang merapu cuba untuk dipertahankan oleh individu yang jelas menghina agama Islam itu sendiri. Kenapalah Jamil Khir sanggup jadi begini !!].
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .