Ikuti Blog ini

Pencapaian PAS Cemerlang di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang

http://buletinonline.net/images/stories/berita23/CeramahJubliPerakMarang%20048.jpg- Berdepan dengan BN yang menggunakan jentera dua kerajaan

Rhu Rendang, MARANG – Pencapaian PAS Marang setelah 25 tahun penubuhannya di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang cukup cemerlang, dengan hanya mengalami dua kali kekalahan setelah 12 kali pilihanraya umum diadakan.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata (Parlimen) Marang yang berasal dari Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi PAS sejak tahun 1959.

”Pencapaian sangat baik, untuk makluman, Marang yang berasal dari DUN, DUN Marang kita menang sejak 1959 hingga tahun 1982, cuma kita kalah pada tahun 1964 dan tahun 1978,”katanya ketika menjawab pertanyaan pihak media selepas Majlis ceramah sempena Sambutan Jubli Perak PAS Marang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PAS kalah dalam tahun 1964 berikutan kejatuhan kerajaan negeri pimpinan PAS ketika itu, dan pada tahun 1978 adalah ekoran dari kejatuhan kerajaan PAS Kelantan.

Sehubungan itu, katanya, apabila DUN Marang menjadi Parlimen Marang, PAS berjaya menang pada tahun 1990, 1995, 1999 dan pada tahun 1999.

”Lepas itu kita menang terus hingga hari ini, DUN Marang menjadi DUN Rhu Rendang, dicampur dengan sebahagian kawasan Binjai yang dulunya Hulu terengganu menjadi Parlimen Marang,

”kita tewas dua kali sejak Parlimen marang di tubuhkan, (pada) 1986 dan tahun 2004 sahaja, menandakan pencapaian kita sangat baik,”jelasnya.

Katanya, kekuatan PAS di Parlimen Marang lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN) yang menguasai kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dan menggunakan jentera kedua-dua kerajaan tersebut bagi menentang PAS.

“Walaupun kita (PAS) sebuah parti yang tidak memerintah negara, kita berdepan dengan Barisan Nasional yang menguasai kerajaan Pusat dan sekarang ini kerajaan negeri,

”parti Barisan Nasional sangat bergantung kepada jentera-jentera kerajaan tidak bergantung jenteranya sendiri,

”namun demikian PAS kawasan Marang boleh lawan dan kita menang, ini menandakan kita betul-betul kuat, kita berdepan dengan dua buah kerajaan bukan sebuah,”ujarnya lagi.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .