KAHERAH, 13 Mac :- Penerangan sebenar mengenai isu politik yang berlaku di Perak telah mendapat perhatian dari mahasiswa dan mahasiswi yang sedang menuntut pelajaran di Mesir apabila sekitar 1500 orang telah berkumpul di Dataran Haiyyu Assyir di sini malam tadi untuk mendengar penjelasan dari Rombongan badan perhubungan PAS Perak yang telah berada di sini sejak 9 Mac lepas. Program tersebut adalah anjuran NGOs SUARA yang ditubuhkan di Mesir oleh pelajar-pelajar Malaysia di sini.
Rombongan yang menyampaikan ceramah pada program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perak yang juga bekas penuntut di Universiti Al Azhar, Ust. Abu Bakar Hussain, Ahli Parlimen Bukit Gantang dan juga ADUN Pasir Panjang, Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin,ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dan Exco Dewan pemuda PAS Perak, Ust. Fakrurazi Mokhtar. Selain itu semua ahli rombongan dari Perak hadir sama di dalam majlis tersebut termasuklah Isteri DS. Nizar, Datin Seri Fatimah Taat.
Hadir sama ialah Pegawai hal Ehwal pelajar Negeri Kedah, Ust. Syeikh Yusuf dan Presiden SARA, Ust.Farhan.
Program tersebut diadakan di Dataran Haiyyu Assir yang merupakan kawasan lapang yang terletak di tengah-tengah Asrama pelajar, Selangor, Pahang, Kedah, dan Sarawak. Sebelum ini dataran yang sama menyaksikan ceramah yang disampaiakn oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuklah Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Hj. Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, DS. Anwar Ibrahim dan banyak lagi.
"Kerana itu saya meminta pihak lawan kami untuk sama-sama mengadakan ceramah di dataran ini dan jangan menyalahkan penganjur. janganlah adakan program di tempat yang tertutup dan datanglah ke sini untuk beri penjelasan" Ucap ADUN Titi Serong semasa mengulas perkara berkaitan semasa memberikan ceramahnya.
Selain itu Drs. Khalil juga menjelaskan betapa momokan bahawa PAS menjadi boneka kepada Cina DAP adalah pembohongan semata-mata dan tanpa bukti yang kukuh. Katanya lagi dari dulu dan semasa Pakatan Rakyat memerintah dan termasuklah di masa akan datang sesebuah parti tidakan akan dapat menubuhkan kerajaan di Perak melainkan mesti bergabung dengan parti yang lain.
Pesuruhjaya PAS Perak telah memberikan ucapan yang bernas dan memberikan semangat kepada semua yang hadir untuk balik ke Malaysia nanti bagi melaksanakan tuntutan amar maaruf dan nahyi mungkar.
Kemuncak dari wacana tersebut adalah ucapan DS. Nizar yang menjelaskan secara jelas senario dan kemelut politik di Perak.
"UMNO dan BN telah melakukan rampasan kuasa di Perak dengan 4 kaedah iaitu dengan mengugut wakil rakyat, menculik , merasuh dengan seks dan rasuah dengan wang" Jelas DS. Nizar dalam ucapannya.
Beliau juga menjeaskan sokongan orang Melayu telah meningkat setelah mahkamah memutuskan keputusan 5-0 pada 9 Februari yang lepas. Begitu juga sokongan orang Cina yang telah meningkat kepada 85 pratus dan sokongan orang India juga meningkat, jelasnya.
"Kerana itu BN tidak sanggup untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya" Tegasnya.
Penjelasan mengenai suasana kecoh di dalam dewan dan pelbagai isu yang berkaitan dengan kemelut di Perak telah disempurnakan oleh DS. Nizar sepanjang ceramahnya sekitar sejam malam tadi.
Selain itu beliau juga turut melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah diatas kembalinya kerahmatullah seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Fakulti Perubatan di Unversiti al Azhar cawangan Tanta yang terjatuh dari tingkat 4 bangunan asrama pelajar kelmarin.
"Kerana itu saya mengajak untuk kita menghadiahkan bacaan al Fatihah kepada rohnya" Seru DS. Nizar kepada semua yang hadir.
Disamping itu rombongan juga telah menyatakan komitment kepada semua pelajar untuk hadir sama dalam Solat Jenazah yang akan diadakan pada jam 10.00 pagi ini waktu Mesir(4.00 petang waktu Malaysia)di tempat yang sama.
Kepimpinan NGOs SUARA bergambar dengan Rombongan PAS Perak.
DS. Nizar dikerumuni oleh pelajar untuk bersalaman dan bergambar selepas program.
Penyampaian cenderamata kepada DS. Nizar oleh Presiden SUARA, Ust. Farhan..
Drs. Khalil menerima cenderamata dari SUARA.
Pesuruhjaya PAS Perak menerima cenderamata dari SUARA.