Namun, kini kejadian aneh berkenaan berlaku pula di kawasan ini. Beberapa orang saksi yang ditemui juga terkejut dan tergaman dengan kejadian itu. Menurut seorang saksi yang tidak mahu namanya dikenali berkata "Saya sendiri amat pelik dengan kejadian ini, dan menganggap ia adalah satu amaran dari Allah SWT sebenarnya. Apatah lagi kanopi yang berat itu boleh melambung naik ke atas bumbung masjid dan kakinya mengadap ke langit. Kanopi yang biasanya hanya boleh diangkat dan dipindahkan oleh 5 hingga 10 orang itu tiba-tiba naik ke atas bumbung. Bukan satu kanopi, tetapi tiga kanopi sekali yang terangkat naik ke bumbung!!"katanya.
Biarpun ada pihak yang mengatakan, kanopi tersebut terangkat akibat putaran angin puting beliung. Namun, masalahnya ketika kejadian cuaca amatlah baik sekali dan tiada tanda-tanda hujan, ribut, berangin atau sebagainya. Malah, kedudukan masjid berkenaan juga agak terlindung kerana terdapat bangunan lain di sekitarnya seperti bangunan KAFA, KRT dan sebagainya.
Kiri, kedudukan tapak asal kanopi yang kini kosong selepas ia terangkat
Bukti, kanopi tersebut berada dalam keadaan teratur dan tidak pun koyak
Sementara itu, seorang jemaah masjid berkenaan pula berkata kemungkinan kejadian misteri dan aneh itu berlaku akibat kesilapan dan kealpaan pihak AJK masjid terhadap beberapa perkara yang menjadi persoalan dikalangan penduduk setempat. "Imam pernah mengumumkan memohon sumbangan untuk membina bumbung baru bagi kemudahan jemaah bersolat jumaat setahun yang lalu. Kos yang diperlukan anggarannya sekitar RM50,000. Maka ramailah jemaah yang menghulurkan sumbangan bagi tujuan tersebut dan difahamkan wang tabung masjid kini telah melebihi RM60,000 sebenarnya.
Namun, sehingga ke hari ini pembinaan bumbung baru itu ditangguhkan dan hanya kanopi sahaja yang diletakkan untuk menampung jemaah yang berlebihan itu. Keraguan timbul dikalangan pemberi sumbangan, malah ada yang kecewa dengan apa yang berlaku. Tambahan pula, majoriti AJK baru masjid itu kini adalah terdiri dari kalangan puak UMNO. Maka itulah syak wasangka itu timbul" katanya.
Malah, jika dibawa 30 orang pemuda yang gagah-gagah sekali pun, mungkin tidak dapat untuk menaikkan ketiga-tiga kanopi terbabit dalam keadaan baik seperti apa yang berlaku. Apakah ini satu musibah dari Allah SWT yang mahu supaya AJK masjid berkenaan lebih berhati-hati dalam menguruskan aktiviti keagamaan di situ. Kami difahamkan, semenjak puak-puak UMNO menguasai masjid itu maka banyak aktiviti agama yang telah dihalang dan dibatalkan. Malah, majlis-majlis tazkirah dan ceramah agama yang telah sedia ada juga telah ditiadakan, atas alasan ia menghasut.
Menurut seorang jemaah lagi "Saya amat yakin, apa yang berlaku adalah untuk memberi pengajaran kepada AJK terbabit yang dilihat cuba mengawal aktiviti masjid mengikut selera mereka tanpa merujuk kepada kehendak agama Islam itu sendiri. Menyekat dan menghalang majlis agama diadakan jelas sekali merupakan satu perbuatan zalim dan khianat. Alasan yang diberikan ialah agama dipolitik, sedangkan apa yang disampaikan itu berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Jika beginilah keadaannya maka saya yakin banyak lagi kejadian pelik akan berlaku di masjid berkenaan selepas ini" katanya.
[Semoga kejadian yang berlaku ini dapat dijadikan ikhtibar kepada masjid atau surau-surau yang lain pula selepas ini. Berbagai alasan boleh dibuat atas perkara ini bagi mereka yang tidak mahu melihat kebenaran. Namun, bagi kita yang melihat perkara ini dari sudut yang lain ternyata memang ada kesilapan yang berlaku dan harus diperbetulkan segera. Itu baru bumbung kanopi, bayangkan kiranya bumbung masjid itu sendiri yang terangkat dan melambung ke udara.
Maka, kembalilah kepada Islam dan jangan sesekali menolak atau mempertikaikan segala yang terkandung didalam Al-Quran itu. Tinjauan kami ke masjid berkenaan sekitar jam 5.00 petang semalam mendapati kerja-kerja mengubah kanopi terbabit sedang dilakukan. Ternyata, tiada sebarang kerosakan kepada besi-besi dan kain kanvas kanopi berkenaan. Maknanya ia bukan dinaikkan oleh ribut taufan atau angin puting beliau. Maka itu, siapakah yang telah mengangkat tiga kanopi berkenaan sebenarnya?. Hanya Allah Yang Maha Mengetahuinya]. - Pahang Daily