Syabas dan tahniah kepada pasukan badminton Malaysia apabila berjaya mara ke pusingan separuh akhir Piala Thomas setelah menewaskan Denmark 3-2 pada perlawanan suku akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil malam tadi. Muhd Hafiz Hashim (foto) menjadi wira negara apabila meraih mata kemenangan untuk Malaysia mara ke peringkat separuh akhir kejohanan itu. Seluruh rakyat Malaysia meletakkan harapan kepada Hafiz, ketika kedudukan terikat 2-2. Hafiz ternyata tidak mengecewakan dan mudah menewaskan Joachim Persson 21-12, 21-10 dalam permainan perseorangan ketiga. Malaysia akan bertemu China pada perlawanan separuh akhir Jumaat ini. Skuad badminton negara bermula cemerlang apabila Datuk Lee Chong Wei memberi mata pertama selepas menewaskan Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17 dalam permainan perseorangan pertama. Pasangan negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menambah mata kedua selepas mengatasi pasangan Denmark, Carsten Mogensen-Mathias Boe, 21-17, 21-19. Bagaimanapun, Denmark bangkit merapatkan jurang mata apabila Jan O Jorgensen menewaskan Wong Choong Hann 22-20, 16-21, 21-18 dalam permainan perseorangan kedua. Kedudukan terikat 2-2 apabila bergu kedua negara Zakry Abdul Latif-Hoon Thien How tewas 26-24, 12-21, 18-21 kepada pasangan Lars Paaske-Jonas Rasmussen.
Kemenangan Tercalar Gara-Gara Waktu Maghrib
Kejayaan Malaysia itu memang cukup membanggakan seluruh rakyat tidak kira kaum, agama atau fahaman politik masing-masing. Semuanya dilihat memberikan sokongan padu kepada pasukan kebangsaan. Namun, ada sesuatu yang kurang enak untuk didengar ketika perlawanan tersebut berlangsung. Apa tidaknya, aksi yang bermula jam 6.00 petang itu berakhir sekitar jam 11.00 malam. Maka, Stadium Putra Bukit Jalil telah dipenuhi dengan peminat yang datang berbondong-bondong untuk memberi sokongan. Akibat keasyikan ribuan peminat menyaksikan perlawanan itu, maka sebahagian besar daripada mereka terutamanya orang Melayu Islam dilihat telah gagal untuk menjalankan kewajipan kepada Allah iaitu solat Maghrib. Maklumlah, perlawanan tidak dihentikan ketika waktu Maghrib tersebut, dan masa solat itu pun pendek. Ini menyebabkan ada dikalangan mereka yang terpaksa meninggalkan benda yang wajib semata-mata tidak mahu terlepas peluang menyaksikan perlawanan berkenaan. Turut kelihatan juga beberapa orang kenamaan yang turut melayan sama perlawanan dan dilihat terlepas untuk mengerjakan solat Maghrib. Apakah kejayaan seperti ini yang diinginkan?.
Sebagai umat Islam kita dianjurkan berdoa, tetapi jika berdoa sampai
melalaikan tanggungjawab terhadap agama, maka apa hukumnya?
Terkadang, kita hairan kenapa perlawanan dimulakan jam 6.00 petang iaitu kira-kira satu jam lebih sebelum masuknya waktu Maghrib. Sepatutnya penganjur kejohanan menghormati juga sensitiviti umat Islam di Malaysia ini. Sukan itu menyihatkan badan, tetapi jika sampai melalaikan manusia kepada tuntutan agama, apa hukumnya?, Apapun, kita amatlah berharap agar pasukan negara dapat merangkul kejuaran pada kali ini selepas melakukannya satu ketika dulu. Cuma, kepada seluruh peminat yang menyaksikan perlawanan akan datang, ingatlah! jangan sampai terleka memberi sokongan sampai terlupa menunaikan kewajipan masing-masing]. -Pahang Daily.