KEMAMAN  - Tindakan demi tindakan yang diambil oleh kerajaan persekutuan yang  diterajui oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) menyerang negeri Selangor  yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Disebalik kenyataan Timbalan  Perdana Menteri yang kononnya memberi amaran, Lembah Kelang akan  menghadapi krisis air, sebenarnya didedahkan oleh Cik Elizabeth Wong  yang disifatkannya sebagai 'ada udang disebalik batu'
"Kita juga  diserang tentang isu air. Kononnya, di negeri Selangor kita tak ada air.  Sungai tidak mengalir. Empangan dah kosong. Dah kering. Paip pecah dan  sebagainya,"ujarnya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Penerangan Isu  Semasa, dekat sini, semalam, Sabtu 31 Julai.
Menurut Elizabeth,  kenyataan menakut-nakutkan dan mengugut rakyat oleh kerajaan pusat itu  adalah bertujuan untuk memaksa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tunduk  dan melangsungkan projek bekalan air dari Pahang ke Selangor.
Sedang  apa yang berlaku sebenarnya, ada 'kroni' Umno/BN yang mahu mengaut  untung jutaan ringgit wang rakyat dari perlaksanaan projek tersebut.
"Mereka  sedang, kerajaan persekutuan sedang memaksa kita (kerajaan Selangor)  untuk menghabiskan, menjalankan projek pengaliran air dari Pahang ke  Selangor. Saya ingin ceritakan serba sedikit tentang projek ini, Projek  Pahang-Selangor, ibarat air dibawa dari Pahang ke Selangor.
"bila  ianya, projek ini dibentangkan, harganya atau kosnya RM3 bilion. Masa  itu, (tahun) 2001. projek ini, pada awalnya ada dua empangan di Pahang.  Lepas mereka siasat, buat kajian dan sebagainya, mereka potong, mereka  keluarkan satu empangan. Tetapi kosnya telah naik sampai RM 9 bilion.
"Satu  empangan, RM9 bilion. dua empangan, RM3 bilion. Ini adalah matematik  Umno/BN,"kata Wong menerangkan kedudukan sebenarnya 'isu air Selangor.
Sedang  menurut Wong lagi, projek tersebut sebenarnya belum mendapat kelulusan  Jabatan Alam Sekitar dan Kajian Impaknya terhadap alam sekitar  dipersoalkan.
Oleh yang demikian, katanya, kerajaan negeri Selangor telah bertindak untuk menangguhkan dahulu projek tersebut
"Sebab  itu, mereka paksa kita, paksa kerajaan negeri Selangor, cepat-cepat  habiskan projek dan sebagainya. Tapi kita kata nanti, ada masalah besar.  Apabila mereka pecah tanah, yang EIA (Kajian Alam Sekitar), iaitu satu  dokumen yang mengandungi kajian tentang alam sekitar dan sebagainya. Itu  belum diluluskan.
"Tapi mereka terus pecah tanah. Lepas itu,  mereka buat paip dan sebagainya, mereka korek tanah, masuk hutan dan  sebagainya. Air sungai kita pun semua dah teruk. Kampung-kampung yang  berdekatan dengan hutan, di Hulu Langat, banjir. Oleh sebab itu, kita  stop. Kita kata tunggu. Biar kita kaji, apa yang sedang berlaku,"tegas  Wong.
Katanya, 'udang disebalik batu' yang menghalang rundingan  penstrukturan air antara kerajaan pusat dengan syarikat-syarikat swasta  adalah 'orang dari Cabang (PKR) Hulu Selangor, yang mahukan 'laba'  berbilion ringgit.
"Di sebalik batu tu, memang ada udang besar.  Besar udang ni. Dia adalah benda lain, dari cabang hulu Selangor. Pada  masa ini, kita ada satu rundingan antara kerajaan pusat dengan  syarikat-syarikat swasta dan juga kerajaan negeri Selangor tentang  penstrukturan air.
"hampir satu setengah tahun, masih tak siap,  kenapa? Udang besar ini yang menjadi penghalang. Dia nak billion-bilion  ringgit. Tetapi dia tidak mahu keluar dari industri air. Dia masih nak  mengawal, dia nak control syarikat air yang baru di negeri  Selangor,"jelasnya.
Elizabeth yang pernah dilanda 'kontroversi'  akibat kehidupan peribadinya diserang, menganggap serangan kerajaan  pusat, Umno dan BN tidak menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Bahkan, katanya, ia satu petunjuk bahawa apa yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor adalah benar dan terbaik untuk rakyatnya.
"Tak  apa (kita diserang), kita memang boleh tahan. Setiap hari kita boleh  diserang, tetapi kita rasa seronok. Ha, beza kan. Orang tak suka  diserang tapi di Selangor kita 'no problem' kerana kita rasa kalau kita  diserang sebegitu oleh puak-puak Umno/BN, ini (ia) bermaksud kita sedang  membuat kerja yang amat bagus, yang terbaik untuk penduduk-penduduk  atau warga negeri Selangor,"katanya
Turut hadir dalam majlis  diatas adalah Penolong Setiausaha PASD Terengganu, Haji Hanafiah Mat,  merangkap Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai. -BO


