Ikuti Blog ini

"Mengapa penyokong pro-ISA tidak ditahan polis?"



Tiga aktivis dan seorang peguam yang ditahan polis di sudut pidato Pulau Pinang malam semalam kerana menyertai perhimpunan bagi membantah terhadap Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) mendakwa polis berat sebelah dalam melaksanakan tugas mereka.

Ini kerana, polis dikatakan gagal bertindak terhadap 'kumpulan pengacau' yang didakwa 'dinaungi' Umno yang juga berada di lokasi yang sama semalam.

Ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia, Choo Chon Kai, yang bercakap di luar balai polis Jelutong pada jam 12.30 pagi selepas dibebaskan berkata kumpulan yang mendakwa sebagai 'penyokong pro-ISA' itu bukan sahaja 'biadap dan kasar' tetapi cuba mengapi-apikan orang ramai agar terjerumus dengan keganasan.

Malangnya, Choo berkata polis bukan sahaja gagal bertindak terhadap kumpulan berkenaan tetapi menangkap beliau dan rakan-rakannya yang berhimpun secara aman.

“Inilah wajah sebenar penyokong ISA; mereka mempunyai wajah 'fascist'yang mengambarkan keadaan mental mereka yang masih terperangkap dalam zaman penjajah,” katanya.

“Malangnya, polis juga bertindak dengan cara yang sama ketika cuba memaksa rakyat yang berhimpun secara aman bersurai,” tambahnya.

Choo juga mempersoalkan mengapa Malaysia masih mengekalkan undang-undang yang diwarisi oleh penajajah Inggeris, meskipun negara telah mencapai kemerdekaan lebih 53 tahun.

“Malah perogol dan pembunuh juga diberikan perbicaraan yang adil, tetapi mereka yang ditahan mengikut ISA, tiada perbicaraan langsung. Ini mungkin berlaku kepada mereka yang cuma menjual lencana anti-ISA; polis tidak perlu mengemukakan sebarang bukti di mahkamah,” kata Choo lagi.

Pada kejadian malam semalam, jumlaah mereka yang berhimpun dianggarkan sekitar 100 orang berbanding 180 anggota polis yang dikerahkan ke lokasi. Mereka cuma diberikan masa lima minit untuk bersurai atau menghadapi kemungkinan ditangkap. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .