(Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptamanya di Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu)
SETIU:- Musuh-musuh Islam melancarkan pelbagai  bentuk ‘serangan’ termasuk strateginya menggunakan saluran media,  politik, ekonomi dan lain-lain.
Justeru itu, Presiden PAS, Dato’  Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan para pendokong gerakan  Islam agar mengawasi ‘serangan’ musuh terhadap umat Islam di seluruh  dunia.
Menurutnya, terdapat tiga bentuk ‘serangan’ yang perlu  difahami oleh para pendokong gerakan Islam termasuk PAS di negara ini.
“Mereka  melancarkan serangan media, serangan politik, ekonomi dan lain-lain.  Mereka menggunakan berbagai-bagai pendekatan antaranya ialah tiga  pendekatan yang perlu difahami oleh kita pendokong gerakan Islam.
“Semua  pendekatan-pendekatan ini menggunakan orang Islam termasuk di kalangan  ulama’-ulama’ dan pemimpin-pemimpin menjadi ‘perkakas’ (alat) mereka  (musuh),” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan  ucaptamanya pada Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali  Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu,  baru-baru ini.
Pertama, katanya pendekatan Islam Liberal, kedua  pendekatan Islam Sekular dan ketiga pendekatan politik tanpa pelaksanaan  syariat.
“Pertama, pendekatan Islam Liberal ini mengharamkan  yang halal dan menghalalkan yang haram, tidak bersembahyang, bergaul  bebas, mendedahkan aurat dan menafikan syariat Allah SWT.
“Berani  mengkritik hukum Islam walau pun mereka mengaku menjadi orang-orang  Islam. Di negara kita (Malaysia) adanya NGO seperti ‘Sister In Islam’  dan lain-lain yang mendukung fahaman Islam Liberal ini.
“Kedua,  Islam Sekular iaitu Islam tetapi politik tidak ada dalam Islam. Mereka  (pemerintah) membenarkan Islam sekadar ibadat, sekadar akhlak, sekadar  perkara yang berkait dengan kerohanian, sekadar peraturan keluarga  membahagi harta pusaka dan harta wakaf tetapi tidak dibenarkan  berpolitik.
“Inilah yang diamalkan oleh Umno dengan menubuhkan  Jabatan-jabatan Agama untuk menjaga agama supaya khutbah jumaat tidak  menyampaikan ucapan politik. Mengajar agama tidak ada ajaran politik.  Pada hal politik tidak dapat dipisahkan dengan ajaran Islam.” jelasnya.  -GB
(’AKSI Tok Guru’…Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptamanya di Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu)
Menurutnya, semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul adalah pendakwah dan  politik sama ada Nabi-nabi menjadi ketua kerajaan bila menang seperti  Nabi Sulaiman a.s, Nabi Daud a.s dan Nabi Muhamad SAW menjadi Ketua  Negara.
Atau katanya, Nabi-nabi menjadi Ketua Pembangkang  menentang kerajaan di zaman masing-masing seperti Nabi Musa a.s, Nabi  Harun a.s, Nabi Zakaria a.s, Nabi Yahya a.s dan lain-lain lagi.
“Strategi  ketiga adalah politik tanpa pelaksanaan syariat dengan membenarkan  parti politik Islam tetapi ‘dihalang’ pelaksanaan syariat.
“Mereka  (musuh) membenarkan politik, membenarkan parti Islam menang tetapi  menghalang pelaksanaan syariat, menghalang hukum qisas, hukum hudud dan  hukum takzir.
“Fahaman ini menular di kalangan masyarakat Islam.  Mereka boleh berpolitik tetapi tidak ada matlamat untuk melaksanakan  syariat Allah SWT. Kita berdepan dengan cabaran-cabaran baru,” tegasnya  di hadapan lebih 8,000 hadirin.
Dato’ Seri Abdul Hadi yang juga  Ahli Parlimen Marang menyifatkan perjuangan Parti Islam Se-Malaysia  (PAS) adalah bagi menyambung mesej yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW.
Katanya,  mesej Nabi SAW adalah berjuang untuk mengIslamkan manusia serta   mendaulatkan Islam dengan menegarakan Islam dan mengIslamkan negara.
“Perjuangan  PAS adalah menyambung mesej yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW untuk  mengIslamkan manusia dan mendaulatkan Islam. Menegarakan Islam dan  mengIslamkan negara,” tegasnya.
Menurutnya, Allah Ta’ala  mewajibkan memerintah negara sejak dicipta Nabi Adam a.s dan menjadikan  tanggungjawab manusia mendaulatkan Islam. 
Hadir sama pada  majlis tersebut Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS  Terengganu, Dato’ Harun Taib, Pengarah Ijtima’, Dato’ Abu Bakar Chik  serta semua pimpinan PAS negeri Terengganu.
(’AKSI Tok Guru’…Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptamanya di Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu)
(’AKSI Tok Guru’…Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptamanya di Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu)
(Sebahagian dari lebih 8,000 ahli serta penyokong PAS yang hadir ke Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu)
(Sebahagian dari lebih 8,000 ahli serta penyokong PAS yang hadir ke Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu.)


 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
