 
 
 
   GUA MUSANG, 28 Okt: Masyarakat Tionghua Galas yakin  calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed mampu meneruskan kesinambungan perjuangan  wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.
 Dr Zulkefli yang pernah bertanding di Galas  pada pilihan raya 2004, dikenali mereka sebagai mempunyai ciri-ciri  kepimpinan dan sudah semestinya berupaya untuk menerajui perubahan  rakyat semua kaum di kawasan itu.
Dr Zulkefli yang pernah bertanding di Galas  pada pilihan raya 2004, dikenali mereka sebagai mempunyai ciri-ciri  kepimpinan dan sudah semestinya berupaya untuk menerajui perubahan  rakyat semua kaum di kawasan itu.
Selain sifatnya yang lemah  lembut, tidak lokek mengukir senyum setiap kali bertemu orang ramai  membuatkan Dr Zulkefli senang didampingi oleh segenap lapisan  masyarakat.
Seorang masyarakat Cina, Chee Kin Hwa, 53, berkata,  pemilihan Dr Zulkefli sebagai calon wakil rakyat Galas adalah tepat  berdasarkan pengalamannya yang pernah berkhidmat kepada rakyat.
“Dr  Zul bagus. Dia orang baik, tidak sombong dengan orang ramai sama ada  kenal atau tidak kenal kalau berhadapan dengan dia kita mudah akan dapat  merasai kemesraannya.
“Saya percaya kaum Cina di Galas akan  memberi sokongan seratus peratus kepada Dr Zul dalam pilihan raya kecil  ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Baru, Gua Musang dekat sini  malam tadi.
Chee berkata, sebagai masyarakat veteran dia amat  memahami citarasa atau sentimen pengundi Cina Galas yang lebih  mengutamakan pemimpin yang berperwatakan bersih, telus, adil serta  ikhlas dengan rakyat.
Chong Kun Sew, 42, menerima kerajaan  pimpinan ulama berdasarkan sikap terbuka PAS yang tidak pentingkan satu  bangsa, sebaliknya meletakkan kepentingan masyarakat semua kaum atau  bangsa di dalam negara dengan sama rata.
“Kita mahukan seorang  pemimpin yang boleh jaga rakyat. Ada masa untuk jenguk rakyat, tanya  khabar apa masalah rakyat, bukan masa pilihan raya sahaja hendak jumpa  rakyat selepas itu hilang, setahun tak boleh jumpa sekali, sibuk  kononnya.
“Saya yakin Dr Zul boleh jadi seperti Chek Hashim dulu.  Kalau lebih dari itu lagi bagus,” katanya yang pernah menemani  Allahyarham Che Hashim semasa mendapat rawatan di Cina sebanyak lima  kali.
 Allahyarham Chek Hashim meninggal dunia pada 27  September lalu akibat barah usus pernah menjalani pembedahan di The  First People's Hospital Fu San oleh pakar dari Beijing.
Allahyarham Chek Hashim meninggal dunia pada 27  September lalu akibat barah usus pernah menjalani pembedahan di The  First People's Hospital Fu San oleh pakar dari Beijing.
Sementara  itu, Wong Siew Lan, 45, memberitahu masyarakat Cina masih mengenang  pemergian Allahyarham Chek Hashim yang dianggap kehilangannya sukar  dicari ganti, dan berharap Dr Zul menjadi penerus demi keharmonian  masyarakat Galas.
“Kaum Tionghua Gua Musang banyak terhutang budi  pada wakil rakyat Chek Hashim. Sikap bertanggungjawab, rendah diri,  suka menolong dan tidak berkira dengan rakyat, menjadikan kehilangannya  seperti sukar dicari ganti.
“Saya menyeru semua pengundi Cina  terus undi calon PAS (Dr Zulkefli) sebagai tanda kasih sayang berkekalan  kepada Chek Hashim yang telah banyak membuat jasa kepada rakyat,”  katanya.
Pada masa sama, Yap Chan Look, 34, berkata PAS mempunyai  harapan besar untuk pertahankan kemenangannya di Galas.
“Tanggungjawab  kerajaan Pas kepada rakyat adalah jelas. Mereka telus. Kebajikan rakyat  diageh dengan adil tak kira kaum Cina, India atau Asli.
“Saya  fikir tidak ada sebab rakyat semua kaum hendak tolak atau tukar  perjuangan Pas kepada parti lain,” jelasnya.
Jumlah pengundi Cina  Dun Galas adalah 20.06 peratus dengan 2,317 orang pengundi. -Hrkh 
 
 
 
  
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .