Kalau Mohd Mat Taib atau Najib ada di sebelah saya, saya tidak akan meneropongnya. Saya akab bertanya terus kepada mereka, tentu ingatan mereka kepada kronologi melondehkan raja yang dipelopori Tun Dr M pada masa itu segar di dalam ingatan.
Umno Selangor menampilkan empat resolusi. Pertama, siasat semua harta raja-raja. Kedua, pecat ahli Umno yang hasut raja-raja. Ketiga, MB, exco, SUK dan Pegawai Kewangan dilantik oleh Umno bukan raja-raja, dan keempat, Tun Dr M dimandatkan untuk berdepan dengan raja-raja.
Pada masa itu Umno seolah-olah terlupa sekejap bahawa bumi ini berputar. Sangkaan mereka, mustahil Umno akan menerima nasib seperti hari ini. Mereka rasa ‘khurafat’ Umno saja yang pandai memerintah tidak akan terbanteras. Sangkaan dan rasaan mereka meleset.
Rasanya, setiap seorang pemimpin Umno patut diberikan sebiji bola tenis atau bola pingpong. Suruh mereka lontar bola itu ke dinding, biar mereka belajar ‘nature’ kedua-dua jenis bola itu.
Tak mengapa, anda tak perlu bersusah-payah bercermin mata untuk membaca resolusi itu. Saya sudah ‘besarkannya’ di bawah ini.
Resolusi empat perkara yang dikemukakan oleh Umno Selangor kepada Perhimpunan Agong Umno semalam (1991):
Pertama- Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada raja secara langsung atau tidak melalui ‘Kapitan Cina’.
Kedua- Meminta Presiden Umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka – yang terlibat menghasut raja-raja untuk kepentingan diri sendiri.
Ketiga-Meminda perlembagaan supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli mesyuarat kerajaan negeri, setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri adalah dalam bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah.
Keempat-Supaya Perhimpunan Agong Umno memberi mandat penuh kepada Dato’ Sri Dr Mahathir dalam menghadapi dan mengetuai isu raja-raja ini secara umumnya samada menerusi pindaan perlembagaan dan segala langkah yang perlu.
* * * * * * * * * *