Zambry Abdul Kadir hari ini menyifatkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar mahu merujuk beliau dan enam Exco kerajaan negeri yang baru kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu ini sebagai sesuatu yang pelik.
Beliau berkata, kebiasaannya jawatankuasa berkenaan hanya bertindak terhadap wakil rakyat yang melakukan kesalahan semasa persidangan DUN.
Satu kenyataan yang menunjukkan beliau masih dangkal dalam menafsirkan bidang tugas sebenar jawatankuasa tersebut yang sebenarnya merangkumi sesuatu tindakan Ahli Dewan Negeri di dalam dan di luar dewan.
Kalaulah tidak ada satu undang-undang yang boleh mengawal tindakan dan kelakuan seorang ADUN pastinya sangat bebaslah seseorang ADUN melakukan sesuatu tindakan yang bercanggah dengan tidak terikat kepada sesuatu peraturan.
Bayangkan sidang DUN hanya 3 kali setahun dan minima enam bulan sekali berarti boleh saja dua kali setahun. Kalaulah seorang ahli dewan menghina speaker, menghina seorang Menteri Besar dan sebagainya maka peraturan 72 dalam buku Peraturan Dewan dengan jelas memperuntukan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebesan untuk mengambil tindakan.
Persoalan yang dihadapi sekarang jelas sangat besar kesannya kepada apa yang mungkin Zamkbry anggap kecil. kalau tidak mana boleh dia berani melanggarnya walaupun undang-undang tubuh kerajaan negeri perkara 16(6) dengan jelas menyebut seorang MB tidak semudah itu ditidakkan kedudukannya.
Apa pun saya melihat Zambry dan kumpulan kudetanya sudah sangat tersepit dengan isu dan peraturan yang mungkin beliau tida fikirkan sebelum ini.
Kita tunggu siapakah yang kena sekali ini.