Keluarga dakwa polis tembak mati dengan sengaja
Dua laporan polis dibuat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas dakwaan melepaskan tembakan terhadap seorang pemuda dan seorang remaja bagi menyebabkan kematian dan bukannya untuk mempertahankan diri.
Laporan terhadap kejadian pada 13 November itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya semalam oleh anggota keluarga almarhum terbabit.
Dalam aduannya Nor Hafizah Mad Razali berkata beliau tidak berpuas hati dengan alasan polis bahawa anaknya Muhammad Shamil Hafiz ditembak kerana cuba menyerang polis dengan parang.
Alasan yang sama diberikan oleh Norhaliza Tuah, kakak kepada Mohd Hairul Nizam yang meninggal dalam kejadian sama.
Mereka mendakwa, kesimpulan itu dibuat berdasarkan keadaan tubuh Muhammad Shamil dan Mohd Hairul Nizam yang ditembak daripada jarak dekat dan "tidak kelihatan seperti berlaku dalam peristiwa tembak menembak". -mk