Ikuti Blog ini

Kantoiii...Polis Pulak Kena "Cekup"...


Dua anggota polis mengalami kecederaan ringan ketika cuba melarikan diri daripada ditangkap oleh pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Gurney, di sini, Isnin.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, kedua-dua anggota polis itu berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan pegawai SPRM di tempat kejadian.

Menurut sumber, SPRM sebelum itu menerima aduan dari orang awam mengenai kegiatan dua anggota polis itu meminta rasuah daripada pesalah trafik di kawasan itu.

Katanya, dua anggota SPRM kemudian bergegas ke kawasan itu dan menyamar sebagai orang awam dan melakukan kesalahan trafik di hadapan anggota polis terbabit sebelum mereka ditahan dan diminta rasuah sebanyak RM800.

Setelah kedua-dua anggota SPRM itu memberi rasuah seperti yang diminta, dua anggota SPRM lain menyerbu dan menangkap anggota polis terbabit, katanya.

Sumber itu berkata, kedua-dua anggota polis itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan pesakit luar sebelum ditahan mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Latifah Md Yatim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan enggan mengulas lanjut.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .