 SU MB 'Sgor: Fakta pelantikan SUK diputarbelit
SU MB 'Sgor: Fakta pelantikan SUK diputarbelit
Kenyataan ketua setiausaha negara (KSN) dan bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dimaklumkan sebelum 21 Disember berhubung pelantikan SUK baru didakwa ternyata salah.
Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin sebaliknya berkata, tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Ramli.
"Sebaliknya apa yang berlaku ialah KSN   telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Datuk   Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan    Datuk menteri besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional.
"Hal   ini terbongkar apabila pada 21 Disember (setiausaha sulit Sultan)  Datuk  Munir (Bani) telah menghantar surat kepada setiausaha sulit  menteri  besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang  beliau hantar  kepada Datuk Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik  Datuk Khusrin  sebagai SUK," kata Faekah lagi.
Berikut kenyataan penuhnya sekitar kontroversi pelantikan Datuk Khusrin Munawi:
YAB   Dato' MB terharu dengan titah DYMM Tuanku Sultan pada 6 Jan lalu.   Tuanku ternyata melihat keikhlasan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir   negeri ini dengan telus cekap dan efisien. Tuanku juga menegur   sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan di dalam isu yang hangat   ini dengan memberi persepsi silap kepada rakyat. Pakatan Rakyat   bersyukur dengan titah ikhlas yang dikeluarkan Duli Tuanku.
Mengambil   maklum dan menjunjung titah Tuanku tersebut, Dato' MB ingin   memperbetulkan beberapa dakwaan oleh bekas Setiausaha Negeri Dato' Ramli   Mahmud dan KSN kononnya Dato' MB telah dimaklumkan berkenaan lantikan   Dato' Khusrin Munawi sebelum 21 Disember. Dato' MB menegaskan beliau   telah dibelakangkan dalam semua urusan penyerahan nama ke Istana sebelum   17 Disember 2010. Begitu juga maklumat dari KSN diserahkan kepada  Dato'  Ramli dan beliau tidak memanjangkan kepada Dato' MB. Kerajaan   Negeri Selangor berhasrat untuk mentadbir negeri secara profesional  dan  mantap tanpa ada niat untuk bermain politik dalam soal pentadbiran   mahupun  mempolitikkan isu-isu tertentu. Namun apabila sesuatu fakta  itu  diputar belit serta bercanggah dengan bukti yang sedia ada, adalah   menjadi tanggungjawab Dato' MB memberi penjelasan. Bukti amat jelas   bahawa tindakan Kerajaan Persekutuan yang melantik Setiausaha Negeri   tanpa rundingan dengan Menteri Besar adalah satu tindakan sabotaj yang   memang bersifat politik. Tindakan arbitrasi inilah yang telah memulakan   segala kekeliruan dan akhirnya menjadi masalah.
Kerajaan   Negeri Selangor berhasrat untuk mentadbir negeri secara profesional  dan  mantap tanpa ada niat untuk bermain politik dalam soal pentadbiran   mahupun  mempolitikkan isu-isu tertentu. Namun apabila sesuatu fakta  itu  diputar belit serta bercanggah dengan bukti yang sedia ada, adalah   menjadi tanggungjawab Dato' MB memberi penjelasan. Bukti amat jelas   bahawa tindakan Kerajaan Persekutuan yang melantik Setiausaha Negeri   tanpa rundingan dengan Menteri Besar adalah satu tindakan sabotaj yang   memang bersifat politik. Tindakan arbitrasi inilah yang telah memulakan   segala kekeliruan dan akhirnya menjadi masalah.
Dato'  Ramli  akan bersara wajib pada 24 Mac 2011. Justeru, pada 26 Oktober  Pejabat  Menteri Besar telah diberi nota amalan (practice notes) dari  Pejabat  Setiausaha Negeri melalui Pusat Sumber Manusia (PSM) Negeri.  Nota  amalan ialah berkenaan amalan yang biasa (convention) yang  dilakukan  untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ). Nota amalan  tersebut  jelas menyatakan tatacara yang perlu diambil iaitu;
Suruhanjaya   Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan   layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.
Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.
Setelah   Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Dato' MB akan   menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan   dokumentasi lantikan.
Sebaliknya apa yang berlaku  ialah Ketua  Setiausaha Negara ( KSN ) telah menyerahkan senarai nama  kepada DYMM  Sultan Selangor melalui Dato' Ramli. Cara ini ternyata tidak  menepati  prosedur dan membelakangkan  Dato' Menteri Besar serta  mengetepikan  amalan telus dan profesional.
Hal ini  terbongkar apabila pada 21  Disember Dato' Munir telah menghantar surat  kepada Setiausaha Sulit  Dato' MB dengan mengepilkan surat bertarikh 10  Disember  yang beliau  hantar kepada Dato' Ramli berkenaan perkenan  Tuanku melantik Dato'  Khusrin sebagai SUK. Antara  10  hingga 21 Disember, Dato' Ramli telah hadir pada dua Majlis  Mesyuarat  Kerajaan Negeri (Mesyuarat Exco), dua mesyuarat Majlis
Antara  10  hingga 21 Disember, Dato' Ramli telah hadir pada dua Majlis  Mesyuarat  Kerajaan Negeri (Mesyuarat Exco), dua mesyuarat Majlis
Tindakan   Ekonomi Selangor (MTES). Majlis persaraan beliau juga diadakan. Dalam   lima pertemuan ini, Dato' Ramli tidak pernah menyebut bahawa Tuanku   telah memberi perkenan kepada Dato' Khusrin. 
Justeru,   kenyataan  KSN dan Dato' Ramli bahawa Dato' MB telah dimaklumkan   sebelum 21 Disember ternyata salah. Tidak juga terdapat surat berkaitan   dengannya sama ada  dari KSN mahupun dari Dato' Ramli.
Kerajaan   Negeri Selangor bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang  ikhlas  memperjuangkan kebajikan rakyat. Sekiranya kerajaan Persekutuan   menghormati semangat Federalisme dan memahami kehendak rakyat yang  telah  memilih kerajaan Negeri Selangor hari ini, pastinya mereka tidak  akan  melantik seorang Setiausaha Negeri tanpa sebarang konsultasi  dengan  Dato' MB yang telah dipilih rakyat.
Dato' MB  berharap  KSN dan amnya SPA akan sanggup bekerjasama untuk mencari  penyelesaian  terbaik dalam masa terdekat. Tidaklah perlu memanjangkan  perkara ini  dengan menimbulkan isu lain kononnya Dato' MB terlewat  menghantar nama  dan sebagainya. Dato MB percaya hanya dengan bertindak  secara  profesional serta jujur pada amalan, isu ini boleh diselesaikan. -M'kini


 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
