LABIS, 28 Jan: Orang ramai khasnya para petugas PAS dan Pakatan Rakyat memenuhi Dataran Wayang Pacak, Labis pagi ini untuk mendengar Kuliah Dhuha yang diberikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.
Biasanya di pagi Jumaat ini, Nik Aziz memberikan kuliah di Dataran Ilmu di perkarangan Bangunan PAS Kelantan, dekat Kota Bharu.
Namun hari ini sempena dengan kempen pilihan raya kecil Tenang, TG Nik Aziz memberikan kuliahnya di sini.
TG Nik Aziz sudah tiga hari berada di Tenang selepas tiba sejak dua hari lepas.
Malam ini beliau dijangka akan bersama Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dijangka memberikan ucapan di Ceramah Perdana di depan Dataran Wayang Pacak ini.
Ini adalah ceramah umum terakhir menjelang hari pengundian pilihan raya kecil ini Ahad ini. -Hrkh