Sebenarnya  banyak yang positif berlaku dalam pilihanraya kecil Dun Tenang. Ia  memberi persepsi bahawa PAS mendapat dokongan kalangan muda yang  terpelajar, mempunyai minda terbuka dan sentiasa berlapang dada  berbanding dengan calon Umno-BN yang dipilih bukan dari kalangan  pimpinan Umno tempatan kawasan itu.
Siapakah  calon Umno-BN di Tenang dalam pilihanraya umum akan datang? Mungkin  calon yang sama yang telah memenangi pilihanraya kecil, tetapi ia tentu  tidak disenangi banyak pihak dikalangan pimpinan bahagian yang merasakan  mereka juga layak.
Kemenangan  Umno-BN diTenang memang dijangkakan seperti juga dalam pilihanraya  kecil Dun Galas di Kelantan sebelumnya. Ia kerana kawasan-kawasan itu  kubu Umno-BN dan dengan menguasai seluruh media dengan saluran TV-nya,  maka kemenangan itu tidak bolehlah dibanggakan sangat.
Kemenangan  Umno-BN di beberapa pilihanraya kecil tidak bererti PAS tidak mampu  mengganti Umno. PAS mampu dan berupaya menggantikan Umno dan slogan  keramat ‘PAS ganti Umno’ memerlukan penghayatan yang lebih segar dari  seluruh pendokong PAS dari pimpinan tertingginya sehinggalah kepada  pendokong dan aktivis parti diperingkat akar umbi.
Di  kawasan-kawasan PAS dan Pakatan, kemenangan berpihak kepada PAS dan  Pakatan dalam pilihanraya kecil dan keputusan pilihanraya kecil dikubu  Umno-BN langsung tidak memperlihatkan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat  kehilangan pengaruhnya. Pengaruh PAS dan Pakatan terus kukuh dan kental.
Kekalahan  di Dun Tenang hendaklah diterima dengan berlapang dada kerana ia adalah  suatu hikmah mengajak PAS dan Pakatan bermuhasabah diri dan melangkah  dengan lebih berani dengan menyusun taktik, strategi yang lebih  bersepadu untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya ke-13 nanti.
Pilihanraya  dinegara ini sentiasa berlangsung dalam padang yang tidak samarata.  Antaranya wujudnya elemen undi pos;SPR yang tidak bebas  sepenuhnya;pembawaan peti-peti undi dari tempat mengundi ke tempat  pengiraan tidak dikawalselia dengan baik apalagi dalam pilihnraya kecil  Dun Tenang berlaku banjir kilat;pertukaran tempat pengundian dan  lain-lain ;semuanya tidak memperlihatkan ia pilihanraya yang adil dan  saksama.
PAS  dan Pakatan Rakyat perlu mendesak SPR membenarkan pemerhati  antarabangsa membuat pemerhatian dalam pilihanraya ke-13 nanti bagi  menentukan satu pilihanraya yang demokratik dan adil dengan meminimakan  elemen-elemen yang boleh membawa kepada penyelewengan dalam pilihanraya.
  



 


 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
