 Sekurang-kurangnya empat orang ditahan di Kuantan, Pahang hari ini dalam  satu perhimpunan yang dianjurkan oleh gerakan anti Loji Advanced  Material (LAMP) Lynas.
Sekurang-kurangnya empat orang ditahan di Kuantan, Pahang hari ini dalam  satu perhimpunan yang dianjurkan oleh gerakan anti Loji Advanced  Material (LAMP) Lynas.Mereka yang menyertai protes tersebut berkumpul di depan pusat perkhidmatan DAP di Kuantan sekitar jam 11.30am. Tidak sampai 10 minit kemudiannya, anggota polis mula bertindak.
Setiausaha publisiti DAP Pahang, Chow Yu Hui dan setiausaha penganjur Lee Chin Chen serta Khor Huey Ying dan Thing Siew Shuen, dari ibu pejabat DAP, telah ditahan.
"Protes baru bermula kira-kira 10 minit.
"Selepas  ucapan disampaikan oleh pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah serta  ahli parlimen Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota), anggota polis cuba  merampas mikrofon dari Anthony Loke (DAP-Rasah) apabila tiba gilirannya  untuk berucap," kata ahli parlimen DAP Serdang, Teoh Nie Ching yang  turut berada di situ. Teoh  berkata selepas menyakinkan pihak polis bahawa mereka akan berhenti  berucap, empat wakil DAP menunjukkan rasa tidak puas hati mereka, dengan  'berbaring di atas kain rentang anti-Lynas, dan mereka terus  ditangkap.,
Teoh  berkata selepas menyakinkan pihak polis bahawa mereka akan berhenti  berucap, empat wakil DAP menunjukkan rasa tidak puas hati mereka, dengan  'berbaring di atas kain rentang anti-Lynas, dan mereka terus  ditangkap.,
Keempat-empatnya dibawa ke ibupejabat polis daerah Kuantan untuk dirakamkan kenyataan masing-masing.
Menurut  ketua polis Kuantan Mohd Jasmani Yusof, mereka dibawa untuk  disoalsiasat selepas enggan bersurai dan sebaliknya bertindak berbaring  atas jalan.
Permbinaan loji nadir bumi di Gebeng - beberapa 25km ke timur  laut  Kuantan- telah mencetuskan kemarahan umum yang bimbangkan potensi  keracunan radioaktif dan kesannya terhadap masyarakat yang tinggal di  sekitarnya.
laut  Kuantan- telah mencetuskan kemarahan umum yang bimbangkan potensi  keracunan radioaktif dan kesannya terhadap masyarakat yang tinggal di  sekitarnya.
Syarikat Australia itu dan kerajaan itu  telah memberi jaminan yang operasi kilang itu hanya menghasilkan tahap  radiasi yang amat rendah.
Mereka juga berkata, projek  tersebut berbeza dari kontroversi kilang nadir bumi yang dikendalikan  oleh Mitsubishi Chemical di Bukit Merah, Perak, yang beroperasi pada  tahun 1980-an dan 1990-an. Bagaimanapun,  penentang projek itu menegaskan kebimbangan mengenai keracunan radiasi  tidak dapat dielakkan kerana setakat ini tidak ada pelan yang jelas,  bagaimana dan di mana bahan buangan sisa kilang itu - dikatakan satu  sumber utama radiasi - akan dibuang.
Bagaimanapun,  penentang projek itu menegaskan kebimbangan mengenai keracunan radiasi  tidak dapat dielakkan kerana setakat ini tidak ada pelan yang jelas,  bagaimana dan di mana bahan buangan sisa kilang itu - dikatakan satu  sumber utama radiasi - akan dibuang.
Agensi nuklear  PBB - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), - akan menubuhkan sebuah  panel pakar untuk memberi nasihat mengenai potensi risiko radiasi dari  kilang tersebut. -M'kini


 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
