Selesai Solat Isyak dan Solat Hajat
SAMM dari Kuantan turut hadir bertemu rakan di sana...
Di lokasi ceramah iaitu di rumah YB Taufik, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan mereka yang hadir awal menunaikan Solat Maghrib dan Isyak serta Solat Hajat di luar rumah. Selepas waktu Isyak, kawasan ceramah mula dipenuhi orang ramai dan ditepi-tepi jalan berderetan gerai-gerai peniaga. Program ceramah bermula dengan beberapa penceramah tempatan termasuk dari Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Unit Amal dari PAS serta sekumpulan anak buah Chegu Bard dari SAMM yang datang dari dekat dan jauh telah bersedia untuk mengawal keselamatan semua yang hadir di dalam program tersebut. Diberitakan, satu kumpulan lain telah pun berkumpul di depan IPD Rembau untuk berarak ke lokasi ceramah kononnya untuk menyerahkan memorandum kepada Mat Sabu.
Chegu Bard mengarahkan penyokongnya agar bertenang. Beliau dijulang oleh para penyokong beliau
Tidak lama kemudian, Timbalan Presiden PAS tiba dan disambut dengan laungan `Takbir'. Beliau diiringi masuk ke dalam rumah untuk berehat seketika. Di luar sana mula kecoh dengan berita bahawa satu kumpulan sedang berarak beserta Banner menghampiri lokasi ceramah. Unit Amal mula menyusun barisan sekeliling pintu masuk lokasi ceramah, manakala kumpulan anak muda SAMM dan beratus-ratus penyokong di luar pagar telah bersedia kerana mereka sudah terhidu tindakan kumpulan tersebut yang akan datang untuk menganggu ceramah kerana jika hadir untuk menghantar memorandum sahaja, mereka tidak perlu berarak hingga menghampiri pintu pagar lokasi ceramah.
Chegu Bard terpaksa datang untuk tenteramkan keadaan dan berunding
Inilah Banner yang tercicir sewaktu mereka lari mengundur diri dihambat oleh Penyokong PR
Apabila petugas-petugas dari Unit Amal dan SAMM ini mara dengan laungan Takbir, kumpulan ini mula berundur dengan ketakutan sehingga tercicir sepanduk/Banner yang mereka bawa. Walaupun mereka sudah berundur dan dihalau oleh petugas-petugas, mereka tetap degil dan meminta untuk menghantar memorandum. Akhirnya, Chegu Bard datang dan berunding maka diberikan kebenaran hanya dua atau tiga orang sahaja dibenarkan menemui Mat Sabu di dalam rumah untuk menyerahkan memorandum. Meskipun, terdapat beberapa orang di kalangan mereka ingin menunjukkan `samseng' dan berkeras mahu memasuki lokasi ceramah, namun disekat oleh petugas-petugas.
Kekecohan yang sengaja ditempah...
Unit Amal serta penyokong-penyokong PR mengawal pintu masuk.
Di Rumah YB Taufik, memorandum diserahkan kepada Mat Sabu.
Akhirnya wakil kumpulan tersebut dibenarkan memasuki rumah dan menyerahkan memorandum yang berwarna KUNING kepada Mat Sabu. Mereka menyebut mereka membantah Mat Sabu kerana menyokong Komunis. Mat Sabu bertanya, bilakah beliau ada menyebut tentang Komunis? Wakil mereka terdiam, dan Mat Sabu berkata jangan percaya sangat kepada Utusan Malaysia. Mereka tidak dapat bercakap banyak kerana Mat Sabu lebih banyak menasihati mereka agar lebih tahu kisah sebenar dan tidak terpedaya dengan propaganda murahan media pencacai itu.
Pesuruhjaya PAS NS, YB Taufik dan Chegu Bard sedang berucap
Setelah menyerahkan memorandum, wakil mereka keluar dari kawasan rumah dengan dikawal oleh petugas-petugas. Jelas, dari awal mereka datang kelihatan wakil mereka berpeluh dan pucat, namun untuk menunjukkan `berani' kepada anak-anak buah mereka di belakang, mereka terpaksa juga mara menemui Mat Sabu. Jika perbuatan biadab seperti ini dilakukan oleh PERKASA, maka kita beritahu mereka PERKASA silap orang dan silap tempat. Mungkin kejadian mereka `diperhambat' oleh Unit Amal dan anak-anak muda SAMM sudah cukup untuk mereka jadikan pengajaran.Chegu Bard di pentas utama bersama kepimpinan PAS.
Ribuan rakyat hadir hingga melimpahi ke tepi jalan raya
Chegu Bard di dalam pidatonya berkata, peristiwa malam itu menandakan kejatuhan Umno/Bn di Negeri Sembilan adalah bermula di Rembau. Beliau turut mengulas isu sejarah berkaitan penjajah dan juga isu panas berkenaan cincin 24.5 juta yang awalnya dikatakan tidak wujud tetapi akhirnya diakui di dalam Parlimen oleh pihak Kastam memang wujud. Bagaimana cincin tersebut terdapat nama Rosmah Mansor di dalam borang kastam, dikatakan hanya dibawa masuk untuk pameran sedangkan bila tarikh dan tempat pameran dirahsiakan. Cincin itu masuk dan keluar begitu sahaja umpama `pelancong', ujar Chegu Bard.
Mat Sabu sedang berucap di hadapan ribuan rakyat
Mat Sabu pula di dalam pidatonya mengulas kembali isu Mat Indera. Sekali lagi Mat Sabu dengan tegas menyebut Mat Indera adalah pejuang menentang penjajah. Beliau berkata, majoriti bekas tentera menyokong Pakatan Rakyat dan ini dibuktikan apabila di majlis berkenaan borang `Felda Plantation' diserahkan kepada Mat Sabu oleh wakil KERABAT, sebuah badan pertubuhan bekas tentera. Beliau tegaskan, di dalam bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat dan juga di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat mempunyai iltizam untuk menjaga kebajikan bekas-bekas tentera dan Polis sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihanraya Umum nanti.Ucapan tahniah dan syabas kita ucapkan kepada pihak Penganjur program malam tadi yang telah berjaya membuktikan bahawa bumi Negeri Sembilan ini bukan milik PERKASA dan tiada siapa yang boleh mendakwa mereka tuan kepada bumi ini. Tahniah juga kepada pihak Polis yang telah hadir menyaksikan kekecohan pada malam itu. Tahniah buat PERKASA kerana sudi datang dan sudi dihambat keluar.
Buku Chegu Bard bersama Edyes bertajuk "FITNAH" laris dijual. Kelihatan Chegu Bard
menandatangani sebuah buku yang dibeli oleh salah seorang pembeli
Saya dan rakan-rakan dari Kuantan pulang ke rumah malam itu juga dengan penuh kepuasan setelah melihat sendiri hasil perbuatan kumpulan yang bodoh itu. "KE JOLOBAK KO JOLOBU, TUAI PADI TIGO TANGKAI, KALAU SUDAH OTAK LOMBU, DATANG REMBAU JANGAN BUAT PASAI - Ehsan Daripada WFAUZDIN.Blogspot.com