

Tuan Guru Nik Aziz (kanan sekali) bersama-sama Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri Najib Tun Razak (membelakangkan kamera) sebaik saja selesai Mesyuarat Majlis Raja-raja sebentar tadi.
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang masih berada di Kuala Lumpur untuk mengiringi KDYMM Sultan Muhammad V ke Mesyuarat Majlis Raja-raja dijangka akan menziarahi Ust Ismail Kamus hari ini.
Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar kedua-dua tokoh ini sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera, dan sentiasa di dalam rahmatnya demi meneruskan perjuangan menegakkan ad-din di bumi Malaysia ini.