Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ditubuhkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 pada 1 Julai 1956, dan telah dipinda kepada Akta Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) (Pindaan 1991).
Objektif penubuhan Felda adalah untuk memajukan kawasan pertanian secara produktif, melaksanakan projek pembangunan tanah dan menggalakkan pertumbuhan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat peneroka.
Namun, Felda yang diuruskan oleh Umno dan Barisan Nasional selama 54 tahun telah menyeleweng dari objektif penubuhan.
Asalnya Lembaga tersebut bertujuan mahu menyenangkan peneroka yang terdiri dikalangan orang-orang Melayu, tetapi kini menjadi Felda dibuktikan sebagai ‘penipu peneroka’.
Seramai 2,000 orang warga peneroka diseluruh negara telah bangkit menuntut hak mereka dan memfailkan saman kerana Felda menipu peneroka keatas Kadar Perahan Gred minyak Sawit yang melibatkan kewangan sebanyak RM1.5 bilion.
Peneroka menang saman keatas Felda
Penipuan Felda terhadap peneroka dan orang Melayu telah dibuktikan dengan sekurang-kuranga tiga kes mahkamah sejak setahun lalu.
Pada 26 Ogos 2010 Mahkamah Persekutuan Khamis menolak permohonan Felda untuk menyemak semula keputusan yang dibuat oleh panel lain pada 19 Jan lepas yang menafikan kebenaran rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Baharu.
Sermai 354 peneroka Felda Kemahang 3 Tanah Merah Kelantan menang saman RM11 juta (Gambar kanan atas) kerana konspirasi Felda menipu gred harga kelapa sawit.
Mereka menyaman Felda bagi menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 setiap seorang sebagai ganti rugi am kerana mendakwa agensi itu telah memberikan nilai yang rendah terhadap mutu buah kelapa sawit yang mereka hasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga menyebabkan kerugian kepada mereka.
Pada 29 September. 2010, Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui Felda.
Seramai 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 menang saman RM170,000 kerana Felda tidak membayar bayaran tanam semula
Keputusan hakim Datuk Mariana Yahya menetapkan Felda perlu membayar jumlah berkenaan kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri dan menolak penipuan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi.
Pada 14 Jun 2011, 10 bulan setelah 354 peneroka Felda Kemahang 3 menang, seramai 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 pula menang saman.
Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada seramai 131 peneroka Kemahang 1 & 2.
Jumlah wang tersebut dikira daripada caruman pokok peneroka termasuk caruman yang dibuat setiap bulan selama lebih kurang 20 tahun, ditambah dividennya yang juga dikira dalam tempoh yang sama.
Peneroka yang telah menyaman Felda
Pada 9 Ogos 2010 – Seramai 766 peneroka Serting Hilir dan Felda Raja Alias, Pahang, memfailkan saman RM200 juta mendakwa lembaga itu menipu hasil perahan minyak sawit mereka sejak 15 tahun lalu.
Pada 17 Jun, 2011 - Seramai 711 peneroka dari 16 tanah rancangan Felda seluruh Jengka, Pahang memfailkan saman berjumlah RM344 juta terhadap Felda kerana penipuan dan pecah amanah dalam urusan jualan hasil sawit.
Pada 7 Julai, 2011- Seramai 113 Peneroka Felda Palong, Pahang, mendakwa Felda dan pengurusannya telah menipu dan memfailkan saman RM1.5 juta
Pada 20 September, 2011 - Seramai 550 peneroka dari Felda Gugusan Bera, Pahang, memfailkan saman RM300 juta terhadap Felda kerana menipu hasil perahan minyak selama 16 tahun.
Pada 29 September, 2011 – Seramai 365 orang lagi peneroka sekitar Jengka, Pahang, memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh menuntut ganti rugi sebanyak RM175 juta.
Pada 13 Oktober, 2011 – Seramai 77 peneroka Felda Kerteh 1 dan 2, Dungun Terengganu telah memfailkan saman terhadap Felda melibatkan tuntutan keseluruhan sebanyak RM1.3 juta (Gambar kiri atas).
Pada 16 November, 2011 - Seramai 49 peneroka dari Felda Palong 4,5 dan 6 di Negeri Sembilan, memfailkan saman terhadap Felda dan Felda Technoplant Sdn Bhd sebanyak RM7.35 juta
Laporan Ketua Audit 2010; Felda menyeleweng dari objektifnya
Sejak dikuasai Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Felda menyeleweng dari objektif utamanya iaitu pembangunan tanah pertanian
Aktiviti pelaburan sepatutnya hanyalah aktiviti sampingannya, namun ia 'terpesong' menjadi sebuah gergasi pelaburan kewangan.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati bahawa dana daripada Akaun Felda yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan untuk tiga tahun berturut-turut, malah memperbarui rekod tertinggi dari tahun ke tahun.
Ketua Audit berpendapat, “Penggunaan dana akaun Felda yang melebihi had telah mendedahkan dana tersebut kepada risiko pelaburan saham siar harga melebihi daripada yang telah diluluskan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan Kumpulan Felda. Ini boleh menjejaskan kemampuan kewangan dan memberi kesan kepada operasi serta aktiviti utama Felda jika pelaburan yang dijalankan tidak dapat memberikan keuntungan yang dijangkakan.”
Pada masa yang sama, tindakan ini seolah-oleh memaksa peneroka Felda untuk menanggung risiko pelaburan yang lebih tinggi, tanpa disedari peneroka Felda.
Menurut Laporan tersebut, Felda telah membuat pelaburan dalam pelbagai portfolio bagi mendapat pulangan yang optimum.
Sehingga tahun 2010, Felda telah membuat pelaburan bernilai RM5.55 bilion termasuk pelaburan dalam saham siar harga berjumlah RM891.34 juta.
Malah, pihak Audit mendapati dana daripada Akaun Felda yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan iaitu 24% seperti yang ditetapkan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan Felda.
“Pelaburan dalam saham siar harga dan tidak siar harga yang menggunakan dana Akaun Felda pada tahun 2010 adalah sejumlah RM3.14 bilion atau 68.5%, tahun 2009 sejumlah RM2.28 bilion atau 70.7% dan tahun 2008 sejumlah RM713.20 juta atau 31.8%,” menurut Laporan Ketua Audit.
Apa yang perlu diambil perhatian adalah, lebihan pelaburan adalah sebanyak 44.5% bagi tahun 2010, 46.7% bagi tahun 2009 dan 7.8% bagi tahun 2008.
Menurut agihan sumber dana pelaburan portfolio, dana dalam akaun Felda hanya dibenarkan untuk melabur di Ekuiti Tempatan (24%), Ekuiti Asing (10%), Bon Kerajaan, Bon Korporat dan Sekuriti Hutang Persendirian termasuk Bon Islamik (6%), selain Tunai, Pasaran Wang dan Deposit Amanah (60%).
Sehingga akhir tahun 2010, Felda telah melabur sejumlah RM891.34 juta dalam saham siar harga. Pelaburan yang dibuat daripada Akaun Felda berjumlah RM355.42 juta atau 39.9% manakala sejumlah RM535.92 juta atau 60.1% daripada Akaun Peneroka.
Peneroka berhak mendapat nikmat hidup yang lebih baik sekiranya ia tetap berjalan atas objektif asal.
Pembuktian keputusan mahkamah dan Laporan Ketua Audit telah begitu jelas membuktikan Umno dan Barisan Nasional yang diberi amanah telah mengkhianati amanah tersebut.
Justeru, para peneroka harus bangkit dan menjauhi mereka dari terus menipu dan menindas warga Peneroka.
Warga peneroka mesti mengambil peluang dan menyenmpurnakan hak mengundi mereka pada pilihanraya akan datang dengan menolak Umno dan Barisan Nasional.