Dengan jumlah 156 cawangan tu aku rasa takdak Kawasan PAS yang boleh lawan PAS Kawasan Baling. Bukan setakat ada banyak cawangan tapi semua cawangan tu aktif.
Yang menariknya cawangan baru tu ditubuhkan di kawasan kubu kuat Umno di Kampung Seniyek dalam Dun Bayu, satu-satunya Dun yang masih dikuasai oleh Umno dalam Parlimen Baling. Katanya sebelum ni, PAS langsung tak boleh masuk kampung tu.
Selain Parlimen Baling 2 lagi Dun dalam Parlimen Baling iaitu Kupang dan Kuala Ketil juga dimenangi oleh calon PAS masa PRU12 dulu.
Yang lebih menarik lagi, cawangan baru tu dirasmikan oleh Ir. Amiruddin Hamzah, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Kedah merangkap Exco Negeri Kedah. Dalam dok kalut pening masalah perlantikan Exco Kedah untuk tahun 2012 tu, Amiruddin masih boleh luangkan masa untuk rasmi cawangan baru tu.
Harakah cetak melaporkan:
[Sumber: e-Harakah] |
Nampak gayanya, peluang untuk YB Azmi Che Husin untuk pertahankan Dun Bayu di tangan BN semakin terancam, bunga-bunga untuk kalah semakin nampak. Masa PRU12 yang lepas, calon Umno tu cuma menang dengan majoriti 984 undi sahaja.
Selain usaha giat untuk tubuh cawangan baru di kawasan kubu kuat Umno, PAS Baling melalui Sekretariat Wakil Rakyat ada lagi satu gerak kerja yang lebih hebat untuk tawan Dun Bayu, tapi yang tu kita cerita lain kali.