Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, tabung bertujuan meringankan beban anggota keluarganya itu juga akan diedarkan ke seluruh negara.
"Sumbangan itu akan dibuat berterusan sehingga Hoslan dikeluarkan daripada penjara. Kita beri bantuan ini bukan kerana dia imam tetapi atas dasar kemanusiaan.
"Bantuan ini bagi menjaga kebajikan anak-anaknya. Dia mempunyai anak-anak yang ramai, masih kecil dan bersekolah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Riduan turut menyeru kepada semua Pemuda PAS agar dapat bersama membantu keluarga Hoslan bagi meringankan beban isterinya.
Semalam, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan. Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menyampaikan hukuman berkata,
penjara setahun adalah hukuman setimpal bagi kes berkenaan.
Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruah mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.
Hoslan diberi julukan 'iman BERSIH kerana mengangkat jubah dan menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya ketika khutbah Jumaat melarang orang ramai turut serta dalam perhimpunan itu. -M'kini
Selain Pemuda PAS, Dewan Muslimat PAS juga akan membantu keluarga imam Hoslan Hussin yang dihukum penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah berikutan tindakannya melemparkan selipar ke arah panel hakim.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yussuf berkata, dewan itu akan cuba memberikan sumbangan tetap sebayak RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan.
"Kita insyaAllah akan beri sumbangan tetap sebanyak RM800 sebulan kepada keluarganya.
"Kita harap sumbangan ini dapat meringankan beban keluarganya khususnya untuk keperluan isteri dan anak-anaknya," katanya yang juga ahli parlimen Rantau Panjang kepada Harakahdaily.
Beliau juga menyeru pihak yang perihatin agar bersama dewan muslimat untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kepada keluarga Hoslan sehingga imam itu dibebaskan .
Semalam, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan.
Biarpun menyesal atas keterlanjuran itu, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menyampaikan hukuman berkata, penjara setahun adalah hukuman setimpal ke atas Hoslan. -Hrkh