Oleh Zulkifli Yahya (Nota Utara)
KEHADIRAN mengejutkan ratusan ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur pada
hujung tahun 2006 untuk himpunan Bersih kali pertama adalah
berasaskan cabaran Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad
Badawi. “Saya pantang dicabar,” yang diungkapkan Abdullah rupanya
menjadi kata-kata provokasi terhadap rakyat Malaysia yang mahu menyahut
cabaran beliau.
Halangan untuk Bersih kali pertama tidak kurang hebatnya. Banyak bas
yang tidak sampai ke Kuala Lumpur kerana dipaksa berpatah balik. Baju
kuning dirampasdi dalam bas ketika dalam perjalanan peserta Bersih,
sekatan jalan raya di sana sini, ugutan dan tekanan terhadap kakitangan
kerajaan berlaku secara terangterangan; namun ribuan manusia hadir juga
ke ibu kota. Kali pertama BN terkejut dengan jumlah kehadiran yang
begitu besar.
Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai 2011 adalah paling mencabar dalam
sejarah himpunan aman yang berlaku dalam negara. Bayangkan lebih 1000
laporan polis dibuat terhadap penganjur Bersih 2.0. Demonstrasi bantahan
dan penghantaran memorandum diadakan di sana sini setiap hari.
Kenyataan mengutuk Bersih 2.0muncul saban hari dalam media yang
dikuasai sepenuhnya oleh BN.
Serangan tidak hanya bertumpu kepada penganjuran Bersih, penganjur pun
diserang juga. Pengerusi Bersih 2.0, Dato’ S Ambiga adalah yang paling
terukdibelasah. Semua isu yang tiada kena mengena dengan tuntutan
Bersih dikeluarkan untuk merosakkan imej Ambiga.
Kali pertama juga berlaku dalam sejarah dunia moden memakai dan mengedar
baju kuning tertera perkataan ‘Bersih’ menjadi satu kesalahan. Mereka
yang memakainya ditahan dan yang menjualnya diheret ke mahkamah. Pihak
yang menganjurkan ceramah pra Bersih juga dihalang serta diambil
tindakan.
Beberapa hari menjelang Bersih 2.0, sekatan jalan raya diadakan di
seluruh negara bagi meningkatkan tekanan terhadap rakyat agar tidak
menyertai perhimpunan aman di ibu kota itu. Perkasa dan Patriot yang
meminjam tenaga warga asing turut mengadakan ancaman untuk
menakut-nakutkan rakyat.
Muncul pula episod sandiwara bom petrol bersama baju Bersih yang
‘dijumpai’ pihak polis. Walaupun sandiwara itu tidak kelakar tetapi ia
berjayamenyerlahkan kedunguan pihak tertentu melakukan kerja
memperbodohkan rakyat melalui strategi lembam yang tidak pernah berubah
sejakmerdeka.
Hasilnya, ratusan ribu manusia berhimpun juga di Kuala Lumpur sekalipun
ramai yang tidak berbaju kuning. Jumlah kehadiran hampir tiadabezanya
dengan himpunan Bersih kali pertama diadakan. Dato’ Seri Najib Razak dan
para pemimpin BN pening kepala kerana halangan yang dibuat ke ta hap
maksimum pun gagal membendung kehadiran rakyat yang ramai.
Kini bila muncul Bersih 3.0 pendekatan yang diambil kerajaan pim pinan
Najib berubah sama sekali. Tiada teka nan, tiada provokasi dan tiada
pula ‘promosipercuma’ oleh media-media talibarut BN se perti sebelum
ini. Soalan yang menarik untuk himpunan Bersih 3.0 kali ini ialah, apa
strategi BN?
Jangan ingat bahawa sikap sambil lewa BN menghadapi Bersih 3.0 adalah
kerana tidak mampu lagi untuk menghadapi kebangkitan rakyat. BN
melakukanpelbagai perancangan untuk mempastikan kuasa mereka tidak
tergugat. Perancangan tidak semesti dihebahkan. Diam orang jahat juga
adalah satu perancangan.
Secara teori, manusia akan rasa selesa dan tidak tercabar jika tidak
diancam. Pihak yang akan hadir ke himpunan Bersih adalahpenyokong
tegarPakatan Rakyat. Keinginan untuk hadir lebih membuak jika dihalang
dan dilarang oleh musuhnya. Mungkin keinginan jadi menurun jika tiada
halangan. Itu cuma andaian, belum tentu tepat.
Kalangan penyokong tegar Pakatan Rakyat pun ramai kakitangan kerajaan,
mahasiswa atau golongan yang berkepentingan. Mereka benarbenar tidak
berani sewaktu diugut dahulu dan berani kini setelah tiada tekanan. Jika
kumpulan mereka lebih besar maka himpunan Bersih 3.0 akan jadi lebih
besar kali ini.
Teori kedua ialah BN sengaja membiarkan himpunan berlangsung tanpa
gangguan, tanpa belasahan cota, gas pemedih mata atau tembakan meriam
air.
[ Untuk baca artikel penuh sila dapatkan Harakah cetak edisi 1737 (Jumaat) ]
Sumber:
e-Harakah (Harakah cetak versi online)